Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 16, 2024 @ 6:34pm

Konsert Solo Pertama Berlangsung Sukses! Jaclyn Victor Kekal Berbisa, Pukau Hampir 2,000 Peminat

Kekal berbisa. Itu frasa tepat menggambarkan konsert solo pertama Jaclyn Victor yang berlangsung sukses di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Konsert solo pertama yang diadakan bersempena ulang tahun ke-20 wanita yang mesra disapa Jac itu dihadiri hampir 2,000 peminat setia yang sama-sama mahu meraikan momen manis terbabit.

Menurut Jac, dia mendedahkan pada awalnya, rasa kurang keyakinan menyelebungi diri untuk mengadakan konsert solo pertama.

“Saya ada rasa ketakutan untuk mengadakan konsert. Buatnya nanti kalau tak ada orang nak datang, adakah saya perlu batalkan?

“Saya selalu ada rasa takut, bukan rasa takut ditolak, tetapi hanya ketakutan. Jujur, saya tak tipu, saya masih rasa takut dan saya tak rasa diri saya besar sebab saya tahu di mana tempat saya dalam industri.

“Saya hanya mahu menyanyi, jadi saya tak rasa pun diri saya ni bagus. Apabila rakan-rakan penyanyi lain buat konsert, saya tumpang gembira kerana mereka sangat hebat kerana dapat sambutan dan sold out. Mungkin karakter saya sendiri kurang keyakinan,” katanya.

Tambah Jac, dia rasa gementar sehingga rasa kering tekak di awal konsert berlangsung.

“Saya gemuruh. Awal-awal tu saya rasa sejuk, rasa gementar. Tekak rasa kering sahaja. Syukur segalanya berjalan lancar. Melihat sambutan peminat, saya sangat gembira dan semangat untuk membuat persembahan terus membara,” katanya lagi.

Jac memeriahkan konsert solo pertamanya dengan kolaborasi menarik bersama penyanyi jemputan, menambahkan keunikan dan kepelbagaian persembahan.

Jac menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu popularnya seperti Di Bawah Pohon Asmara, Kejutkan Aku, Sesal Tak Bermakna, Cinta Tiada Akhirnya, Ikut Rentakku dan turut menyanyikan lagu ikonik Koleksi Gemilang selama 10 minit.

Salah satu detik paling menghiburkan ialah apabila Jac berduet dengan Hael Husaini, bekas protegenya, menerusi lagu Ceritera Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan. Paduan vokal mereka yang mantap dan penuh emosi mencipta suasana romantik yang berjaya menyentuh hati penonton.

Suasana juga menjadi lebih meriah apabila Jac menyanyikan lagu ikonik Sinaran sambil disertai oleh Liza Hanim, Marsha Milan dan Wani Kayrie yang berada di kerusi penonton.

Gabungan suara mereka dan interaksi spontan itu bukan sahaja menghidupkan semula aura lagu tersebut, tetapi juga membangkitkan suasana persahabatan yang erat antara mereka, menghiburkan penonton dengan persembahan yang penuh bertenaga.

Salah satu persembahan yang turut menghiburkan orang ramai ialah duet bersama Siti Nordiana menerusi lagu Nisan Cinta. Vokal mereka yang serasi dan harmoni berjaya mengangkat lagu tersebut, memberikan satu persembahan yang sangat mengasyikkan.

Jac turut mengadakan ‘reunion’ bersama Shila Amzah dan Ning Baizura menerusi trio 3 Suara, di mana mereka mendendangkan lagu-lagu popular seperti Semua Isi Hatimu, Di Mana Di Mana dan Beribu Sesalan.

Nyanyian mereka yang penuh keserasian dan harmoni menambahkan dimensi nostalgia pada malam tersebut, sekali gus mencuri hati semua yang hadir.

Akhirnya, penutup malam itu adalah saat yang ditunggu-tunggu peminat apabila Jac menyampaikan lagu Gemilang. Penonton berdiri, bersorak, dan memberikan tepukan gemuruh untuk satu persembahan yang sukar dilupakan.

Jac menutup persembahan dengan lagu Bollywood ikonik, Bole Chudiyan dan Tun Tunak Tun sekali lagi membuatkan semua penonton bangkit dan menyanyi bersama.

Konsert Solo Pertama Jaclyn Victor bukan sekadar konsert, ia adalah satu perjalanan penuh emosi, meraikan hampir dua dekad kecemerlangan seorang bintang dalam industri muzik tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Gara-gara Backup Neelofa, Elfira Loy Gaduh Dengan Peminat?

Muat naik menerusi instagram milik Lofa itu nyata mendapat respon pelbagai pihak yang rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan ubat tersebut. Dan, selebriti terkenal Elfira Loy juga tidak terlepas memberikan pendapat beliau mengenai isu ini. 

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Events Thu, 25 Apr 2019

郑伊健不畏艰难!演唱会想挑战更高难度

现年51岁郑伊健不畏艰难,演唱会想挑战更高难度。“能多做一次就一次!”

Trending Sun, 17 Feb 2019

Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Gadis Terharu Tak Sangka Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Events Mon, 25 Feb 2019

Kenapa dengan persembahan beremosi Bradley Cooper dan Lady Gaga di Anugerah Oscars?

Persembahan hebat mereka  bukan sahaja menyentuh emosi tetamu malah turut mendapat standing ovation daripada tetamu yang hadir dalam dewan tersebut,  persembahan mereka kini trending di laman Twitter dan dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen.

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

BARU 2 TAHUN DAH DAPAT HADIAH JAM TANGAN MEWAH!

Pelbagai reaksi daripada netizen diterima. Ada yang kecam kenapa membazir duit membelikan jam mewah sedangkan mereka masih bayi dan waktu yang mereka tahu pun hanya waktu makan sahaja.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Featured Mon, 30 Jan 2023
error: Content is protected !!