Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 14, 2022 @ 2:07pm

Kembali Rancak, Saksikan Pelbagai Konsert-Konsert Menarik Di Dewan Filharmonik Petronas!

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) berusaha untuk memartabatkan landskap seni dan budaya Kuala Lumpur dengan mempersembahkan pelbagai konsert-konsert yang menarik untuk musim 2022.

Pada bulan Mei ini, raikan suasana perayaan Aidilfitri bersama MPO apabila orkestra ini memberikan penghormatan kepada salah seorang komposer legenda Malaysia, S. Atan, di dalam konsert bertajuk Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 8.30 malam.

Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose dan juga menampilkan artis-artis lagenda Malaysia seperti Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz, saksikan mereka berganding bahu bersama MPO untuk mempersembahkan rendisi simfonik lagu-lagu raya ikonik ciptaan S. Atan seperti Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya dan Salam Aidilfitri.

Seterusnya, peminat-peminat R&B dan Hip-hop tempatan pasti akan teruja kerana Ruffedge akhirnya akan mengadakan konsert pertama mereka di DFP pada hari Sabtu, 2 Julai 2022, jam 8.30 malam.

Konsert yang diberi tajuk Ruffera ini akan menyaksikan kumpulan popular itu membawa peminat-peminat mereka menyusuri memori di DFP dengan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Tipah Tertipu, Lemas dan Da Bomb.

Akhirnya, penyanyi pop lagenda Malaysia, Datuk Aishah akan menyertai MPO yang dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, di dalam konsert solo beliau bertajuk Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada hari Sabtu, 6 Ogos 2022, jam 8.30 malam di DFP.

Saksikan Aishah mempamerkan vokal hebatnya dengan mempersembahkan pelbagai nyanyian lagu-lagunya yang popular seperti Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Janji Manismu dan Camar Yang Pulang. Lagu-lagu ini akan diberikan nafas simfonik yang baru oleh MPO. Konsert ini akan dipimpin oleh konduktor, Ahmad Muriz Che Rose.

Kesemua konsert ini pernah dijadualkan untuk musim 2020 konsert DFP sebelum ini tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Namun, ia dianjurkan semula disebabkan oleh sokongan dan permintaan peminat-peminat yang mahukan konsert-konsert ini diadakan. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert-konsert ini, layari laman web DFP, www.dfp.com.my/2022season.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Jun 2024
Featured Sun, 4 Jul 2021

Daftar Sekarang Dan Mohon Bantuan Ibu Tunggal Bernilai RM300 Sebelum 5 Julai

Menerusi insentif PENJANA tahun lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Khas Ibu Tunggal bernilai sebanyak RM300 secara one-off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi tahun ini, pelaksanaan […]

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

error: Content is protected !!