Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 31, 2022 @ 8:04pm

“Tak Kelakar Takpe, Janji Jangan Biadap!”- Minta Shuib Cari pengganti, Rosyam Nor Buat Netizen Bengang

Pelakon dan Usahawan, Datuk Rosyam Nor menerima kecaman hebat netizen selepas muncul bersama-sama pelawak terkenal, Shuib ketika majlis anugerah yang disiarkan di stesen televisyen berbayar baru-baru ini.

Ia susulan kenyatan yang dikeluarkan oleh pelakon Laila Isabella itu yang dianggap sebagai ‘biadap’ dan tidak sensitif terhadap status terkini Shuib apabila bertanya dan memaksa pelawak itu untuk menamatkan status duda anak empatnya.

“Rosyam Nor tanya Shuib dalam stesen televisyen nasional ‘kau duda terhangat sekarang. Dah lapan bulan ni kan, ada pengganti?’

“Shuib nampak sangat tak selesa (dengan soalan yang ditanyakan) tetapi berjaya menangani situasi berkenaan secara profesional, namun Rosyam terus memaksa untuk jawapan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Bagaimanapun, melihat keadaan Shuib yang pada ketika itu dilihat sedikit terganggu secara spontan berkata “Kau apa hal? Lu ingat lu gangster ke?”

@izzfizz93 Be strong Shuib, selalu dtg AME dengan arwah, kini berseorangan. Boleh dengan dan nampak raut wajahnya yang sembunyikan kesedihan. Salam takziah buat Siti Sarah Raisuddin. #sitisarahraisuddin #ame2021 #shuib #fyp #rosyamnor #viral ♬ original sound – Izz Fizz

Sementara itu, Datuk Rosyam Nor bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai isu terbabit.

“Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang apa yang telah berlaku. Saya malas nak layan apa yang diperkatakan atau digembar-gemburkan netizen,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Saya Kena Kuat Untuk Keluarga & Akan Galas Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung” – Adrian Adam

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam sedia menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung selepas kehilangan abang tersayang, Andre Mikhail pada Isnin.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

“Tolong Doakan Anak Saya” – Saharul Ridzwan

Berkongsi gambar dan status menerusi laman instagram miliknya, Saharul Ridzwan memberitahu anaknya, Muhammad Luth Ali mengalami tonsil bernanah.

Drama Thu, 15 Dec 2022

Wajib Tonton: ‘Budak Tebing 3’ Kembali Dengan Watak-Watak Baharu

Tak sabar nak tengok watak-watak baharu ni!

Hiburan Wed, 7 Jan 2026
error: Content is protected !!