Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 4, 2024 @ 10:56am

Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq… Sebutan Pertama Bagi Permohonan Rujuk, Perceraian Kedua Diana Danielle, Farid Kamil Pada 20 November Ini

Peguam syarie mewakili aktres, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian bersama aktor, Farid Kamil akan berlangsung pada 20 November ini.

Ketika ditemui media, Akberdin menjelaskan pasangan selebriti ini perlu memfailkan permohonan rujuk bagi kes cerai pada 10 Ogos tahun lalu sebelum memohon perceraian kali kedua.

“Pihak kami sudah memfailkan dua permohonan iaitu permohonan rujuk bagi perceraian yang berlaku pada 10 Ogos tahun lalu, dan kedua adalah permohonan cerai kali kedua.

“Anak guam (Diana) saya mengambil masa yang lama untuk memfailkan rujuk, jadi sekarang ini kena daftar dulu dan selepas itu baru buat permohonan cerai yang baru.

“Perbicaraan bagi kedua-dua kes tersebut akan berlangsung pada 20 November ini. Pihak defendan, Farid perlu hadir bagi sebutan cerai,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal mengenai punca perpisahan Diana dan Farid, peguam Akberdin menjelaskan perkahwinan mereka berlaku shiqaq berpanjangan serta sudah tiada persefahaman.

“Diana berkata punca dia mahu bercerai adalah kerana dia tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, selaim tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan) berpanjangan, iaitu pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya.

Pada pagi Isnin, Diana memakai jubah serba hitam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil bersama peguam syariah mewakilinya, Datuk Akberdin.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila dia nekad mahu bercerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram.

Namun begitu, Farid memaklumkan konflik hubungan antara mereka berdua hanya disebabkan oleh perselisihan faham kecil, yang dianggap satu kebiasaan buat pasangan suami isteri lain.

Terdahulu, Diana dan Farid pernah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos 2023.

Tidak lama kemudian, mereka kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Mereka berkahwin pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Biadap Dengan Ibu, Shiha Zikir Bengang Dengan Siapa Di Instagram?

Shiha Zikir berang apabila ada seorang wanita bersikap biadap terhadap dia dan ibunya.

Hiburan Thu, 11 May 2023

Dikecam Netizen Pakai Crop Top Wanita, DC Willie Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi rap baharu, DC Willie dikecam netizen kerana membuat persembahan dengan mengenakan pakaian wanita jenis ‘crop top’, baru-baru ini. Pakaian tersebut meraih perhatian netizen yang memberitahu ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang […]

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Mon, 9 Nov 2020
Trending Thu, 23 Mar 2023

Kurangkan Berlakon Pada Bulan Ramadan, Nadhir Nasar Mahu Fokus Ibadah – Kerja Tu Bila-Bila Boleh Buat”

Pelakon dan model, Nadhir Nasar mengaku sepanjang bulan Ramadan ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya demi memberi fokus terhadap ibadah yang harus dilakukannya sebagai seorang muslim. Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, […]

Trending Mon, 8 Feb 2021
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Tak Mahu Lagi Kejar Dunia, Awi Rafael Tukar Selera?

Akuinya, dia mula ‘tersedar’ selepas sembuh daripada penyakit ekzema teruk beberapa bulan lalu sekaligus berhasrat menghasilkan lagu yang penuh nilai moral.

Trending Tue, 21 Apr 2020

MKI Umum Tiada Solat Terawih Di Seluruh Negara Ramadan Ini

Ini hakikat yang terpaksa diterima..

error: Content is protected !!