Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 29, 2023 @ 12:36pm

“Perlu Ikut Logik Akal, Lagipun Saya Dah 6 Kali Berpantang!”-Isteri Aliff Syukri Perjelas Tuduhan Tak Jaga Diri Lepas 8 Hari Bersalin

Isteri kepada usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida mengaku sudah lali dengan kecaman yang diberikan netizen terutamanya apabila ada yang tampil menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakannya melalui tempoh berpantang baru-baru ini.

Kata Shahida, dia sudah lali dengan komen negatif tersebut kerana perkara sedemikian kerap berlaku.

“Yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan tidak keterlaluan. Jika bercakap soal berpantang, walaupun keluar ketika dalam tempoh tersebut namun tidaklah terlalu lama.

“Malah, saya juga masih berpantang makan, berurut, bertungku seperti biasa dan semuanya dibuat. Cuma saya hanya keluar beberapa jam atas tuntutan kerja,” katanya kepada XTRA.

Shahida berkata demikian pada majlis Kesyukuran dan Aqiqah serta Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Shahida menjelaskan setiap individu mempunya cara mereka tersendiri. Malah beliau yang mempunyai pengalaman bersalin enam kali ini juga sudah sedia maklum mengenai keupayaan tubuhnya.

“Bagi saya, kita hanya perlu mengikut logik akal, mengikut kesesuaian dan keselesaan tubuh masing-masing.

“Lagipun, saya sudah enam kali melahirkan anak, jadi saya sedia maklum apa yang boleh dan tidak boleh dengan badan saya.

“Ketika anak sulung dan kedua dulu, saya tiada pembantu rumah jadi semua saya uruskan. Jadi sekarang pun saya masih begitu kerana bagi saya duduk saja pun tak bagus.

“Bagi saya, setiap individu mempunyai kehidupan berbeza. Ada orang boleh duduk di rumah, cuma pada saya, perlu keluar bekerja. Bergantung kepada keadaan masing-masing,” jelasnya.

 

Terdahulu, Shahida menjadi mangsa kecaman apabila netizen mendakwa dia tidak mengikut cara berpantang dengan betul selepas melahirkan anak keenamnya pada 3 April lalu.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

“Saya Juga Manusia Biasa, Hidup Macam ‘Rollercoaster'” – Ezzanie Jasny Nafi Sombong

Ezzanie Jasny mengakui terkejut apabila timbul dakwaan mengatakan dirinya seorang yang sombong.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

OT8 Reunited and Got SONEs Emotional, Following Tiffany’s Birthday

It was such an emotional day for SONEs all over the world.

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Tugasan Pertama Top 20 Bermula, Masing-Masing Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’

XTRA XSTAR 2025 semakin hangat! Undian peserta kegemaran anda sebelum 12 Oktober

Featured Wed, 13 Sep 2023
Kisah Viral Tue, 25 Mar 2025

“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya.

error: Content is protected !!