Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 11, 2023 @ 9:21am

Dikecam Netizen Pakai Crop Top Wanita, DC Willie Tampil Beri Penjelasan

Penyanyi rap baharu, DC Willie dikecam netizen kerana membuat persembahan dengan mengenakan pakaian wanita jenis ‘crop top’, baru-baru ini.

Pakaian tersebut meraih perhatian netizen yang memberitahu ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang rap yang lebih sinonim dengan pakaian ‘baggy’.

Willie atau nama penuhnya Wan Qhail Harrith Ahmad Nawawi tampil beri penjelasan yang dia memang suka akan fesyen yang nampak feminin.

“Saya biasanya ikut mood atau majlis. Kadang-kadang saya gemar pakai baju yang santai untuk pakaian harian.

“Kalau untuk ke majlis atau persembahan pentas, saya akan pilih gaya yang nampak elegan dan mewah.

“Tapi tak bermaksud mahal. Saya akan pilih dan padan daripada koleksi pakaian yang sedia ada mengikut kreativiti dan cita rasa,” jelasnya.

Menurut Willie, sewaktu umurnya masih belasan tahu, dia sering memerhatikan ibunya bersiap jika mahu kemana-mana.

Jadi, gaya dan fesyen yang digayakan pada harini adalah hasil dari inspirasi ibunya sendiri.

“Saya suka pakai sesuatu yang jarang dipakai oleh lelaki. Kalau pakaian itu nampak pelik, lagilah saya suka.

“Sekarang ini, saya ada koleksi pakaian dan aksesori yang ditempah atau dibuat sendiri seperti skirt, jeans, rompi (vest), jaket, topeng, headgear dan macam-macam lagi,” katanya lagi.

Di samping itu, Willie sebenarnya mula sudah menceburi bidang hiburan dalam industri muzik tanah air sejak berumur 12 tahun.

“Dulu masa kecil saya pernah berlakon dalam Jiwa Kacau, telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi milik Mawi.

“Apabila semakin meningkat remaja, barulah minat terhadap muzik ini berputik dan saya perlahan-lahan belajar gubah lagu serta lirik.

“Kini, dah tujuh tahun saya berkecimpung sebagai pejuang muzik hip hop dan sudah banyak membuat persembahan di merata-rata tempat secara indie.

“Rasanya sudah tiba masa untuk saya meneroka dan beralih pula ke muzik arus perdana agar karier nyanyian lebih berkembang,” katanya.

Justeru menurut Willie lagi, sebelum ini dia pernah bekerja di sektor peruncitan, namun nekad untuk berhenti kerana mahu fokus melebarkan langkahnya sebagai penyanyi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 May 2024
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Nabila Razali Bawa Ibu Ayah Jalani Ibadah Umrah

Alhamdulilah , moga segala urusan dipermudahkan

Featured Thu, 28 Aug 2025

Siti Hariesa Nafi ‘Anak Emas’ TV3 – “Ini Adalah Rezeki Saya”

Katanya, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian DFKL 2019.

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Trending Thu, 11 Mar 2021

KKM Jamin Proses Yang Ketat Perlu Untuk Keselamatan Penerima Vaksin

Kesihatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan

Hiburan Wed, 2 May 2018

Takut Dipanggil Gemuk, Tengok Apa Kanye West Buat

Ibu Kanye, Donda West meninggal dunia pada tahun 2007 akibat komplikasi selepas mengalami pembedahan plastik termasuk liposuction.

Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Sun, 20 Jul 2025

[VIDEO] Gayat Naik Cable Car, Netizen Kritik Tindakan Nelydia Senrose Peluk Lengan Hariz Hamdan

Netizen kecam tindakan Nelydia Senrose peluk lengan Hariz Hamdan gayat naik cable car

error: Content is protected !!