Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 22, 2025 @ 5:35pm

[VIDEO] “Jangan Tunjuk Perangai Tak Cerdik” – Mamat Sepah Ditegur Syamsul Debat Ketika Podcast, Netizen Luah Rasa Puas Hati

Pelawak terkenal, Mamat Sepah menerima kecaman hebat daripada warganet selepas tindakannya ketika mengendalikan sebuah sesi podcast bersama penceramah bebas, Syamsul Debat dianggap keterlaluan.

Menerusi satu hantaran di platform X, tular potongan klip dari Dol’s Podcast yang memaparkan detik ketika Syamsul sedang berkongsi kisah perjalanan kerjayanya.

Namun suasana bertukar sedikit tegang apabila Mamat, atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, dilihat menyampuk ketika Syamsul sedang bercakap sekali gus mengundang teguran terbuka daripada penceramah berkenaan.

“Perangai yang tak cerdik ni jangan tunjuk dekat orang. Daripada tadi saya menahan,“ tegur Syamsul dengan nada tegas.

Teguran spontan itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendirian Syamsul.

Malah, ramai menyifatkan Mamat sebagai kurang beradab dan tidak sensitif terhadap kehadiran tetamu yang dihormati serta berilmu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kritikan pedas yang mempersoalkan profesionalisme Mamat sebagai hos yang seharusnya memberi ruang kepada tetamu untuk berbicara penuh hormat.

@xtra_my

Syamsul Debat menegur Mamat Sepah dalam sebuah podcast kerana kerap menyampuk ketika orang lain bercakap, sesuatu yang turut menjadi perhatian ramai sebelum ini. #fyp #xtra #beritaditiktok #sembangentertaiment #syamsuldebat #tegur #mamatsepah #dalam #podcast 📽️:MDzulhisyam9

♬ original sound – XTRA – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 May 2018

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Nanti Facebook akan jadi lebih mudah untuk anda mencari cinta.

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Events Thu, 6 Jun 2019

《守百年之约》造势活动千人捧场!场面声势浩大

八度空间《守百年之约》造势活动,吸引约千人到场支持,场面声势浩大,足见《守百年之约》的热播效应持续发酵,追剧狂潮强烈席卷全城!

Trending Thu, 28 Mar 2019

才女插画家把「同色系」卡通人物归类

是否还记得,小时候在看卡通时总是会以颜色来区分角色?

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Shila Amzah memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan bayi lelakinya.

Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung […]

Hiburan Wed, 17 Dec 2025

Di Sebalik Tabir Karya ‘Rumah Menanti Cahaya’, Keajaiban Studio Hidupkan Set Rumah & Hospital

Rumah Menanti Cahaya tampil meyakinkan dengan visual realistik, meskipun hampir keseluruhan babaknya dirakam di dalam studio.

error: Content is protected !!