Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 4, 2025 @ 2:19pm

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Akhirnya Sah Di Sisi Agama

Perkahwinan pasangan penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini akhirnya sudah sah selepas mereka bernikah semula seperti yang disarankan oleh Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada November lalu.

Ketua Pejabat Agama Setia Budi, Jakarta Selatan, Nasrullah mengesahkan perkara berkenaan seperti dilaporkan oleh Tribunnews.

Nasrullah berkata, pasangan itu bernikah semula pada 27 Disember lalu mengikut rukun nikah yang betul dan sah berdasarkan agama dan negara.

“Perkahwinan mereka telah diadakan, ia sah dari segi negara dan agama. Mereka bernikah di Pejabat Agama Setia Budi dan terus didaftarkan di sini,” katanya menerusi YouTube Cumicumi.

Sebelum ini, Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan pernikahan pasangan selebriti itu tidak sah di sisi undang-undang negara dan agama kerana tidak mengikuti salah satu rukun nikah.

Pada 10 Mei lalu, Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim, namun individu tersebut didapati tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan undang-undang Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Masya Masyitah Akui Punyai Kekuatan Vokalnya Tersendiri

Kalau nak tahu sedap ke tak suara Masya Masyitah ni, jangan lupa dengar lagu Halimunan okay!

Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Trending Tue, 12 Jan 2021

Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

Agak-agak AJL 35 ditangguh sampai bila?

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Fri, 8 Nov 2019

《搭错车》音乐剧班底 1119 吉隆坡办粉丝交流会

领衔主演《搭错车》音乐剧的「全民情歌天后」丁当、资深音乐剧演员王柏森以及歌手兼偶像剧男演员陈乃荣将率先在11月19日,来到吉隆坡举 办全马唯一一场的《搭错车》音乐剧-粉丝交流会!

Hiburan Fri, 14 Feb 2025
error: Content is protected !!