Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 6:35pm

[VIDEO] Vokal Unik Sukar Diterima, Cakra Khan Dedah Lalui Cabaran Sama Seperti Zazzleen – “Orang Kata Suara Saya Penuh Kahak”

Juri tetap program realiti nyanyian, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan memgakui pernah melalui cabaran sama seperti pemenang tempat keempat, Zazzleen gara-gara mempunyai tone suara yang unik.

Ketika ditemui XTRA, Cakra yang memiliki suara serak basah itu mendedahkan vokalnya pernah pernah dikritik netizen ketika diawal kemunculannya dalam industri seni seolah-olah penuh berkahak.

“Memang cabaran Zazzleen sama dengan saya. Pertama kali saya sertai industri ramai yang mengkritik suara saya seperti banyak kahak.

“Ada masa saya harus sedikit selektif terhadap lagu yang saya bawa sehingga kita boleh menggunakan secara maksima ciri khas kita. Kalau memaksa sebuah lagu dengan suara kita yang sedikit berbeza dengan orang lain, itu akan mungkin mendengar kurang enak,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu popular Kekasih Bayangan ini turut memberi pesanan kepada Zazzleen untuk meneruskan perjuangan dengan membuktikan kita boleh berjaya dengan keistimewaan vokal unik itu.

“Saya cakap kepada Zazzleen tak perlu hiraukan kritikan netizen, sebaliknya jadikan kecaman itu sebagai penguat semangat membuktikan kepada mereka meskipun vokal dan suara berbeza tetapi mampu melakukan maksimakan kebolehan kita,” katanya lagi.

Sekadar info, program CSOIAM telah melabuhkan tirainya setelah lapan minggu bersiaran langsung bermula 22 Disember 2024 sehingga 9 Februari 2025.

Selain Cakra, juri tetap turut termasuk Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, manakala pada malam finale juga selebriti terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan Naib Juara One In A Million musim pertama. Faizal Tahir menjadi juri jemputan khas.

Finalis berusia 24 tahun dari Sabah, Mary Grace berjaya bergelar juara CSOIAM membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta yang merangkumi sebuah kereta Peugeot 408 GT, wang tunai RM500,000, kontrak rakaman bersama Alternate Records selama dua tahun dan lagu baharu digubah oleh komposer dan penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

Artikel Berkaitan: Hasrat Bawa Ibu Tunai Umrah Bakal Tercapai, Mary Grace Bergelar Juara CSOIAM!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Alahai comelnya Siti Nurhaliza layan peminat ☺️☺️ Sweet sungguh!! Tapi kenapa min rasa sebak niiii? 🥲

Trending Sun, 7 Sep 2025

Experience Content! REV Media Group Hidupkan Semangat Baharu di Exploding Content 2025

REV Media Group mengumumkan kembalinya acara tahunan Exploding Content 2025 yang akan berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober di Basecamp Bangsar.

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Featured Wed, 29 Sep 2021
Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Contest Fri, 16 Aug 2019

Menang RM2K Hanya Di #ICSYVMY !

Jom berhibur sambil menang wang tunai berjumlah RM2K!

error: Content is protected !!