Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2025 @ 12:43am

Hasrat Bawa Ibu Tunai Umrah Bakal Tercapai, Marygrace Bergelar Juara CSOIAM!

Finalis program realiti terkemuka, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) Marygrace berjaya merangkul gelaran juara setelah 8 minggu bertanding.

Anak kelahiran Sabah itu membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta yang merangkumi sebuah kereta Peugeot 408 GT, wang tunai RM500,000, kontrak rakaman bersama Alternate Records selama dua tahun dan lagu baharu digubah oleh komposer dan penyanyi Indonesia, Ade Govinda.

“Pertama sekali, syukur Alhamdulillah. Mummy… kita dapat pergi tunai Umrah. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya, penyokong yang banyak memberi semangat,” katanya selepas usai pengumuman.

Sementara itu, Naib Juara pula dirangkul oleh Kai Deva yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan sejambak bunga.

Tempat ketiga dimenangi oleh Jimi, manakala tempat keempat dirangkul oleh Zazzleen masing-masing membawa pulang RM30,000 dan sejambak bunga.

Keputusan tersebut berdasarkan 60 peratus pemarkahan juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan termasuk juri jemputan minggu kelapan, pelakon Indonesia, Nicholas Saputra, serta juri khas Faizal Tahir, dan 40 peratus markah adalah hasil undian peminat CSOIAM.

Malam penuh gemilang ini dimulakan dengan persembahan luar biasa dari Datuk Sri Siti Nurhaliza yang membawa lagu Siti Situ Sana Sini, Kau Kekasihku dan Nirmala secara medley mengangkat standard pentas ke tahap yang lebih tinggi.

Manakala, Ratu rock lagenda, Ella, menerusi lagu medley Kesal dan Nuri serta, Faizal Tahir, Naib Juara One in a Million musim pertama, juga menghangatkan suasana dengan persembahan selingan yang penuh tenaga dan emosi dengan lagu Santai.

Dihoskan oleh Haniff Hamzah dan Fizza Frizy, program realiti nyanyian terkemuka, CSOIAM akhirnya telah melabuhkan tirai selepas bersiaran langsung sejak 22 Disember 2024 sehingga 9 Februari 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Thu, 23 Apr 2026

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke World Music Contest (WMC) 2026 di Belanda

Trending Tue, 27 Oct 2020

Harga Terbaharu Pelitup Muka Berkuatkuasa Ahad Ini

Tidak ada lagi alasan selepas ini…

Trending Mon, 8 Apr 2019
Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Fri, 12 Aug 2022

[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Astarghfirullahalazim.. 😢 Tak takut ke persenda agama macam ni 😭 Speechless min!! 💔

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Rizman & Ida Suraya!

Featured Tue, 23 Aug 2022

Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia

Betul sebijik Rihanna baju color orange tu kan? 🔥🔥🔥

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Nafi Terbabit Salah Laku Projek DBKL, Afdlin Shauki Dakwa Ada Pihak Sengaja Nak Burukkan Nama

Afdlin Shauki dakwa ada pihak sengaja nak burukkan nama, tepis isu salak laku projek DBKL

error: Content is protected !!