Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 12, 2022 @ 3:17pm

“Saya Akan Bakar Rumah Jadi Arang…” – Pesara Terkejut Rumah Dan Kereta Disimbah Cat Merah

Seorang pesara tentera, Md Deris Salleh, 69, memaklumkan bahawa rumah dan kereta menantunya telah disimbah cat merah oleh individu yang tak dikenali.

Md Deris mengesyaki perbuatan tersebut adalah daripada ah long tetapi tersalah alamat dan ia berlaku pada awal pagi Jumaat di Lorong Haji Ariffin, Batu 7, Tanjung Kling, Melaka.

Kejadian ini disedari oleh isterinya, Jamilah Baba, 62, saat bangun awal pagi untuk menyediakan juadah bagi mereka sekeluarga untuk bersahur pada pukul 4.30 pagi.

Menurut Jamilah, ketika membuka pintu rumah dan lampu luar dia ternampak kesan berwarna merah dihadapan rumah sebelum memaklumkan kepada suaminya.

“Saya syak ini angkara ah long tersalah alamat kerana saya tidak pernah pinjam atau berhutang dengan mana-mana ceti haram.

“Apabila menantu saya Mohamad Faizal Mohamad Yusoff, 32, memeriksa dia terkejut mendapati bahagian sisi kanan Proton Persona miliknya disimbah cat merah. Bahagian depan beranda rumah dan kereta Proton Saga anak saya turut terkena cat itu.

“Selain itu, terdapat kertas yang mengandungi tulisan Cina beserta nombor telefon luar negara atas nama ‘Mikey Keat’ ditinggalkan di pagar rumah.” ujarnya kepada Harian Metro.

Md Deris memberitahu bahawa tulisan yang terdapat di kertas tersebut berbaur ugutan untuk membakar rumahnya.

“Anak saya ada menyemak maksud tulisan Cina itu di internet ia bermaksud ‘Kalau tak reply saya lagi, saya akan bakar rumah awak jadi arang!’

Walaubagaimanapun, anak perempuan Md Deris ada menghubungi nombor tersebut melalui aplikasi WhatsApp bagi memaklumkan yang individu tersebut telah salah alamat dan meminta ganti rugi, namun tidak mendapat apa-apa respons.

Ambil langkah selamat, Md Deris telah membuat laporan polis di Balai Polis, Tanjung Kling.

Hal ini kerana dia amat terkejut dan bimbang akan keselamatan keluarganya walaupun dia mengatakan tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa di kampung itu.

Apapun, dia mengatakan sebelum kejadian tersebut tiada perkara aneh yang berlaku malah mereka sekeluarga bersyukur tidak diapa-apakan oleh individu tersebut selain cat merah itu jenis cat kapur dan agak mudah untuk dibersihkan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023

Melur Untuk Firdaus 2 Buat Meerqeen Gementar

Wow tak sabarnya nak tengok MUF2

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

Featured Fri, 27 Sep 2024

Alvin Chong & Anis Nabilah Buat Penampilan Khas, Perkenalkan ‘Maritozzi’ Makanan Istimewa Rom Purba

Wah! Alvin Chong dengan Anis Nabila dah approved mesti sedap!❤️

Trending Sat, 29 Sep 2018

#GempaSulawesi: Seorang Meninggal Dunia, 10 Cedera

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.

Trending Fri, 4 Jan 2019

Kim Kardashian & Kanye West Kini Sedang Menanti Kelahiran Anak Mereka Yang Ke-4!

Baca untuk ketahui jantina dan due date kandungan ini.

Trending Mon, 24 Sep 2018

喝完咖啡睡15分钟「咖啡觉」能让24小时没睡的你醒脑回神

许多人习惯喝咖啡提神,但殊不知「喝咖啡+小睡」这样的套餐组合,提神效果比单独喝咖啡还好。

error: Content is protected !!