Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 30, 2022 @ 4:15pm

[VIDEO] Mesra Layan Peminat OKU, Siti Nurhaliza Buat Netizen Cair! – “Terharunya, Tak Kekok Pun…”

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai keperibadian penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat sangat mesra melayan peminat.

Lebih menyentuh hati apabila peminat tersebut adalah seorang warga tua serta insan istimewa Orang Kurang Upaya (OKU).

Video berdurasi 18 saat itu memaparkan Siti Nurhaliza melayan peminat istimewa di hari kedua Singapore/Malaysia Expo Fest yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi video tersebut, pelantun Bukan Cinta Biasa itu dilihat menggunakan bahasa isyarat bersama wanita dalam lingkungan kira-kira 50 tahun keatas.

Tampak sangat bahagia melayan peminat, Siti Nurhaliza turut membenarkan wanita tersebut untuk mencium pipinya sehingga terpampang senyuman manis mereka.

 

Tinjauan di ruangan komen video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta terharu melihat selebriti kegemaran mereka tidak kekok melayan peminat istimewa.

Dalam pada itu, netizen turut tidak menafikan penyanyi kesukaan ramai ini sering dipandang tinggi oleh ramai orang dek perwatakannya yang sentiasa merendah diri.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 800,000 tontonan, 86,000 tanda suka, dan 400 komen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ada Gaya Ni, Jari Tu Lentik!” – Ramai Teruja Aafiyah Berani Buat Konsert Piano, Siti Nurhaliza Luah Rasa Sebak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

“Biarlah Dia Nak Support Bakal Suami Spin” – DJ Kidd Pertahan Emma Maembong

Sebelum ini, Emma secara terbuka mengakui dia ke kelab malam tersebut untuk melihat DJ Kidd bekerja

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Didie Shazry Beri Nafas Baharu Lagu Mendiang Lotter ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

Didie Shazry tampil dengan versi baharu lagu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’ sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik dalam sentuhan lebih segar.

Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Trending Mon, 28 May 2018

Warga Sibu, Jangan Panik!

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya pada Ahad.

Trending Mon, 17 Dec 2018

Pelumba Cub Prix Terpantas Jempol Meninggal Dunia

Al-fatihah buat keluarga Allahyarham Mohd Nor Azman

Trending Sun, 25 Oct 2020

Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Wah, kembali untuk musim kedua!

Featured Tue, 19 May 2020
Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Iman Corrine Alami OCD?

Kenali Iman Corrine dalam Salon september ini!

error: Content is protected !!