Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 29, 2022 @ 4:56pm

[VIDEO] “Ada Gaya Ni, Jari Tu Lentik!” – Ramai Teruja Aafiyah Berani Buat Konsert Piano, Siti Nurhaliza Luah Rasa Sebak

Penyanyi versatil, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video terbaru mengenai puteri sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 4, yang menyertai konsert piano pertamanya.

Selebriti kegemaran ramai itu memuat naik perkongsian gembira tersebut di Instagram miliknya telah meraih pelbagai reaksi daripada kalangan selebriti dan netizen.

Menurut pelantun Aku Bidadari Syurgamu itu, Siti mengakui berasa sangat gementar memandangkan Aafiyah adalah peserta paling muda namun perasaan itu terlerai setelah melihat anaknya itu tampak sangat konfiden memetik piano.

“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya) Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited.

“Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform .. Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 jari tuuu.. (Ada gayaa kata Ayah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.. Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini..,” tulisnya.


Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti yang turut teruja melihat anak cilik itu bijak memetik piano.

Antaranya, pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui dia pernah cuba memainkan lagu ABC yang dipilih Aafiyah namun gagal.

“Dulu saya main lagu ni pun tak lepas. Sampai ke hari ni tak lepas. Apakah dosa saya pada piano ni. Belajar tak pernah masuk!,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, ramai tidak menafikan Aafiyah sangat berbakat dan mempunyai gaya dalam bermain piano dek kerana jarinya yang melentik ketika mengetip piano.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Thu, 18 May 2023
Trending Sat, 9 Mar 2019

Terpaksa Batal Contest Pilih Durian Terbaik

Hanya kerana status di laman Facebook, lebih 10,000 penyertaan diterima. Contest apa tu?

Featured Thu, 25 Jul 2024

Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Moga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk pasangan ini😎✌️

Kisah Viral Thu, 11 Aug 2022

“Minta Hadir Bila Surat Mahkamah Keluar” – PU Riz Bakal Saman Individu Fitnah Produk Inai?

Pu Riz tampil bersuara selepas seorang individu didakwa menfitnah produk inainya dan isteri, Neelofa.

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

error: Content is protected !!