Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Maya Basir August 11, 2022 @ 4:35pm

“Minta Hadir Bila Surat Mahkamah Keluar” – PU Riz Bakal Saman Individu Fitnah Produk Inai?

Suami kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mendedahkan individu yang menyebarkan fitnah tentang produk inai perniagaannya dan isteri.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, PU Riz mendedahkan wajah wanita yang mendakwa dia dipaksa untuk membayar secara tunai kepada pihak Nunha.Co untuk mengambil produk inai yang diusahakan oleh Haris dan Neelofa.

“Sekali lagi kata tak jual ni kawan punya tapi siap bagi link. Jangan pandai tulis nanti apabila surat ke mahkamah keluar minta hadir.

“Ini @allsedap konon-konon expose perkara yang timbul fitnah kita paksa bayar dan sebagainya. Bukan dari kami arahan ini dan perkara ini dah memalukan kami sekali lagi seluruh Malaysia tuduh kita buat benda salah dan sebagainya.

“Memang saya banyak berdiam tetapi dengan fitnah yang kali ini saya tidak akan berdiam tindakan lawyer akan diambil secepatnya,” tulis Haris.

Pada masa sama, Haris membuktikan pembayaran untuk mengambil produk inai tersebut adalah melalui atas talian.

Menurutnya lagi, fitnah yang dilakukan oleh individu terbabit seperti perniagaannya dan isteri mahu menganiayai orang lain.

“Sepanjang hidup, saya amat titikberatkan adab tetapi sekiranya maruah manusia dipermain seolah-olah kita ni nak aniaya manusia lain.

“Ini tidak boleh berdiam. Persepsi demi persepsi dikeluarkan pasti kebenaran akan ditampilkan,” ujarnya.

Terdahulu, warna inai Nunha didakwa berwarna ‘lebam hitam’ dan kemudian Neelofa menjelaskan pihak mereka sangat berhati-hati dengan penyerapan inai ke dalam kuku semasa proses persampelan serta masih menanti SIRIM & HALAL pada ketika itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Selesai Jalani Pembedahan, Anak Kongsi Keadaan Terkini Shamsul Ghau Ghau

Shamsul Ghau Ghau sebelum ini disahkan alami strok, pendarahan beku di otak kiri

Hiburan Tue, 6 May 2025

Anak Tiri Nora Mahu Hentikan Sindiran, Tegas Tiada Isu Dengan Perkahwinan Bapa

Anak tiri Nora Ariffin iaitu Aya menjelaskan pihaknya tiada sebarang dendam

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Featured Mon, 8 May 2023
Featured Tue, 11 Jun 2024
Featured Fri, 28 Feb 2025

“Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna” – Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Culas Bayar Nafkah?

Anju meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir golongan bapa yang tidak bertanggungjawab

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Nak jumpa Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur 2? Jom kunjungi Isetan KLCC esok!

Trending Thu, 21 Apr 2022
error: Content is protected !!