Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 6, 2025 @ 7:30pm

Anak Tiri Nora Mahu Hentikan Sindiran, Tegas Tiada Isu Dengan Perkahwinan Bapa

Anak tiri kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Alia Rushdi mencuri tumpuan selepas memuat naik status seolah-olah membidas kenyataan selebriti itu.

Menerusi muat naik di platform Instagram Story (IGs) miliknya, Alia menerusi akaun @missrushdi menegaskan hanya mahu selebriti itu tidak membabitkan keluarganya dengan kisah naratif kehidupan peribadi Nora.

“Saya langsung tak peduli tentang kehidupan peribadinya. Hati dan tenaga saya lebih tertumpu kepada perkara yang jauh lebih penting. Saya cuma mahu dia tinggalkan keluarga saya daripada naratif hidupnya.

“Saya tak mahu keluarga saya dibabitkan dalam ceritanya, sama ada melalui kata-kata, hantaran media sosial atau sindiran tersirat. Itu sahaja yang saya benar-benar kisahkan,” tulisnya.

Mengulas lebih lanjut, Alia atau lebih mesra disapa sebagai Aya turut menjelaskan pihaknya tiada sebarang dendam atau mempunyai sebarang masalah dengan perkahwinan Nora bersama bapanya itu.

Namun, Aya tidak menafikan dirinya kesal apabila pelantun lagu Di Persimpangan Dilemma itu didakwa menggelarkan keluarga mereka toksik.

“Pagi tadi, ada perkataan seperti ‘toksik’ disebut-sebut, tidak secara terus, tetapi cukup untuk menggambarkan kami dalam imej yang tertentu. Kalau situasi ini berlaku sebaliknya, saya rasa reaksinya mungkin tidak setenang ini.

“Saya tiada isu langsung dengan status perkahwinan mereka. Kalau pernah pun, itu dulu. Waktu kami baru tahu, waktu semuanya masih segar dan menyakitkan. Siapa yang tak akan terkesan?

“Tetapi dah hampir sedekad berlalu. Kami dah lama tak fikir tentang keputusan peribadi ayah saya. Tiada sebarang dendam,” katanya lagi.

Sementara itu, Aya berkata hubungan dengan bapanya, Dr Rushdi Ramli bahagia seperti keluarga biasa yang lengkap.

“Bila dia bersama kami, kami adalah sebuah keluarga. Kami masih berbual, ketawa, berkongsi cerita dan makan bersama seperti keluarga biasa. Kami hargai saat itu. Dan bila dia tiada, kami tak bersuara.

“Kami tak rasa perlu untuk menyerang atau mempertahankan sesiapa. Kami teruskan hidup. Kami lebih percaya kepada tindakan kerana ia selalunya lebih bermakna daripada kata-kata,” tulisnya lagi.

Pada pagi Selasa, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Atiffin dan Dr Rushdi yang diwakili peguam syarie, Encik Azmi Mohd Rais, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah bagi sebutan pertama kes perceraian mereka.

Bagaimanapun, Dr Rushdi enggan menceraikan isteri keduanya itu, selepas difailkan oleh Nora pada 21 April lalu.

Pihak Mahkamah menetapkan tarikh 4 Jun depan sebagai sebutan kedua kes permohonan perceraian pasangan tersebut.

Nora dan Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah Universiti di Ibu Negara pada penghujung tahun 2021.

Sebelum itu, Nora berkahwin dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Hilang 10 Tahun, Kaer Azami Muncul Single Baru?

Kaer juga bakal muncul dengan album solonya pada Ogos tahun depan. Sama-sama kita nantikan okay!

Events Fri, 21 Jun 2019

洪金宝获颁终身成就奖!第三届《金环奖》入围名单出炉

洪金宝获颁终身成就奖!第三届马来西亚《金环奖》入围影片及五强入围名单出炉。

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

A. Aida Kongsi Detik Antara Hidup & Mati Ketika Koma – “Saya Rasa Seperti Berada Di Atas Langit Yang Berwarna Putih”

Datuk A Aida menyifatkan pengalaman tersebut seolah-olah dirinya berada di persimpangan antara hidup dan mati.

Selebriti Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Putus Dah Lima Tahun, Chris Brown Masih Belum Move On?

Sebelum ini, Rihanna pernah memberitahu Brown bukan lagi individu penting dalam hidupnya tetapi nampaknya lelaki ini masih belum move on.

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nora Danish Dilabel Tak Pandai Jaga Anak?

Mungkin mereka memberi komen sebegitu kerana mereka sayangkan Nora dan Neyney.

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Doa yang baik-baik semua…

Featured Mon, 25 Aug 2025
Hiburan Sat, 8 Mar 2025
error: Content is protected !!