Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 25, 2026 @ 12:14am

Selesai Jalani Pembedahan, Anak Kongsi Keadaan Terkini Shamsul Ghau Ghau

Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau kini dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Pencetus Ummah (PU) Amin memuat naik petikan mesej daripada anaknya memaklumkan bapanya Shamsul atau nama lengkapnya, Shamsul Azahar Aliddin, 57, kini dalam keadaan stabil.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita berhubung Shamsul Ghau Ghau yang dikejarkan ke hospital akibat mengalami strok dan pendarahan beku di bahagian otak sebelah kiri.

@xtra_my

Pelakon dan pelawak terkenal, Shamsul Ghau Ghau, kini sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan mengalami darah beku di otak. Difahamkan, beliau memerlukan pembedahan dan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan dan doa buat Shamsul diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung. Semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲 #fyp #xtramy #shamsulghaughau #darahbeku #bedah

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Isterinya, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim turut memaklumkan kos fasa pertama pembedahan tersebut mencecah kira-kira RM25,000.

Jumlah tersebut dijangka akan meningkat bergantung kepada keperluan rawaran dan proses pemulihan pelawak tersebut.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus ke akaun Maybank 164593018683 atas nama Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Akhirnya…Tahniah Mat Dan!

Lelaki Inggeris yang berasal dari Bristol, Britain itu telah memenuhi kesemua kriteria ditetapkan termasuk sumbangan diberikan dalam mempromosikan Terengganu dan Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.

Featured Tue, 12 Dec 2023
Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Mon, 18 Mar 2019
error: Content is protected !!