Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari July 3, 2023 @ 5:47pm

“Bukan Sekadar Kisah Pemburu Kepala” – Filem Headhunter Hidupkan Tradisi Kepahlawanan Kaum Iban

Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan.

Pengarah, penerbit dan penulis, Badd Badrul hasilkan filem berjudul ‘Headhunter’ yang mengangkat kisah pahlawan kaum Iban di Sarawak.

‘Headhunter’ atau dalam Bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.

Ia juga lambang kepahlawanan apabila ‘Headhunter’ membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau.

Karya Badd Badrul ini akan memaparkan gabungan di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dihasilkan menjadi hiburan di samping memberi pengetahuan baharu buat generasi kini.

Badd juga menyifatkan naskhah ini sebagai mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya.

“Pahlawan Iban yang sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi yang sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan ‘tagline’ untuk filem ini.

“Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi.

“Saya menghasilkan naskhah ini dalam bentuk fiksyen tetapi apa yang ingin disampaikan di sebalik Headhunter adalah tentang sejarah atau adat tradisi yang telah sebatidalam ‘dunia’ masyarakat Iban.

“Besar harapan saya pengisian di dalam Headhunter dapat ditonton sekaligus dikenali dan difahami oleh generasi masa kini tentang budaya serta adat tradisi kaum terdahulu sebelum kita. Pihak kami juga mendapat kerjasama dari Persatuan Transformasi Dayak (TRADA). Kami berterima kasih kepada Joseph Ninting Janting selaku presiden persatuan, dan jurulatih linguistik mereka iaitu Richard Mathias,” katanya.

Untuk makluman, ‘Headhunter’ mula ditayangkan pada 29 Jun 2023 di Prime Video edaran MyContent Distribution.

Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Anding Indrawani, Cha Cha Maembong sebagai watak utama dan turut dihebatkan lagi dengan lakonan Ebi Kornelis, Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.

Lebih hebat, ‘Headhunter’ telah mendapat Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia ke-31. Malah, Anding Indrawani pula berjaya merangkul Anugerah Pelakon Harapan FFM 31 menerusi filem ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Featured Wed, 16 Nov 2022

Sunting Gambar Naik Pelamin, Netizen Doakan Jaa Suzuran Cepat Bertemu Jodoh

Pelakon dan penyampai radio, Jaa Suzuran sering dikaitkan dengan soal jodoh oleh warganet. @jaasuzuran Semoga bahagia korang dua . And doakan Abe Jaa dengan Adira pulak ye gais #countingcalories #ehsilap #countingdays💍 ♬ Selamat Pengantin Baru […]

Hiburan Thu, 10 Mar 2022

Produk Semakin Dikenali, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL 36!

Perjalanan untuk membina perniagaan bukannya mudah seperti yang disangka. Ia melibatkan perkara yang kita sukai. Dengan itu, kita akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam […]

Trending Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Wed, 4 Jun 2025
Featured Wed, 18 Aug 2021

Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf […]

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
error: Content is protected !!