Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 14, 2024 @ 12:30pm

Kerjaya Bakal Hancur Lepas Cerai? Aliff Aziz Yakin Dengan Rezeki… Mahu Muhasabah Diri – “Saya Dalam Fasa Pulihkan Mental” 

Aktor sensasi, Aliff Aziz mahu muhasabah diri dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik selepas berdepan episod perpisahan bersama bekas isteri, Bella Astillah.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura itu, dia memilih untuk berehat seketika bagi memulihkan kesihatan mentalnya.

“Alhamdulillah sekarang ini saya masih dalam proses berehat sebentar, dalam fasa untuk pulihkan mental dan sebagainya.

“Setakat ini saya rasa ia sebuah hectic day untuk semua, jadi doakan yang baik-baik untuk saya, keluarga dan semua.

“Raya haji nanti juga saya akan pulang bersama keluarga,” ujarnya kepada pemberita.

Ditanya media bila kali terakhir berjumpa dengan anak-anaknya, Aliff diam membisu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut berpegang teguh dengan rezeki Tuhan biarpun ada yang beranggapan kerjayanya bakal hancur selepas ini.

“Untuk saya, ini adalah satu benda yang saya yakin dalam diri, rezeki saya dan rezeki kita semua Insya-Allah di tangan Allah.

“Dimana rezeki itu ada Insya-Allah ia ada, dan saya yakin pada perkara itu dan banyak muhasabah diri.

“Semoga yang baik-baik. Dengan apa yang jadi ini menjadikan saya dan semua pihak lebih baik,” ujarnya lagi.

Pada Khamis, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Anak Sah Bercerai, Akaun Instagram Ibu Aliff Aziz Kembali Aktif! – “Sebagai Insan Wajib Belajar Dari Kekhilafan”

ARTIKEL BERKAITAN: Titip Doa Yang Baik-Baik, Muaz Zabir Harap Bella Astillah Sabar Berdepan Ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Tak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Aliff Aziz – “Saya Juga Tak Harapkan Apa-Apa Daripada Aliff”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Cerai Berlangsung Hari Ini, Aliff Aziz ‘Kunci Mulut’… Bella Astillah Mohon Doa – “Doakan Yang Baik-Baik”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025
Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Nelydia Senrose Kahwin Esok?

Selamat Pengantin Baharu Nelydia & Hafiz!

Featured Wed, 8 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Fokus Pada Diri Sendiri & Jangan ‘Busuk Hati’, Remy Ishak Dedah Rahsia Kekal Relevan Dalam Industri

Untuk terus bertahan dalam industri bukan terletak pada saingan atau populariti, tetapi…

Events Sat, 12 Jan 2019

年货美食样样齐!你不能错过「全马最大型」八度空间综合年货市集

超过300个商家摊位、超炫酷的拍照打卡景点,以及388只舞狮表演你怎能错过呢?约定你「全马最大型」八度空间综合年货市集!

Featured Tue, 14 Feb 2023
Trending Thu, 20 Dec 2018

Gara-Gara Vape… Remaja Hilang Semua Gigi?

Laman web jenama tersebut ada memuat naik amaran mengenai bateri pen vaping tersebut boleh gagal dan meletup tetapi kenapa masih membelinya

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

error: Content is protected !!