Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 7, 2024 @ 10:55am

Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

Situasi menjadi kecoh dan tegang apabila ibu bapa kepada kana-kanak lelaki autisme yang maut dibunuh pada tahun lalu, Zayn Rayyan tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, difahamkan keluarga kedua-dua pasangan itu menjerit dan melaungkan protes sebaik sahaja mereka tiba di hadapan mahkamah.

Kedengaran ada yang menjerit “Ini fitnah” dan ”Isma-Zaim strong”.

Malah, kedengaran bapa kepada Zayn Rayyan berkata: “Saya dianiaya, ini semua fitnah” saya dianiaya, saya tidak bersalah” sebelum memasuki pintu mahkamah.

Di luar perkarangan mahkamah, kelihatan keluarga membawa banting “keadilan untuk Isma Zaim dan Zayn” dan lain-lain lagi.

Difahamkan, kira-kira 20 individu dipercayai ahli keluarga Zayn Rayyan berkumpul di luar Kompleks Mahkamah, sejurus ibu bapa kanak-kanak autisme itu dibawa masuk ke Mahkamah Majistret untuk prosiding reman.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan perintah reman selepas tempoh reman sejak Sabtu lalu berakhir hari ini.

Zayn Rayyan

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan akan memohon untuk menyambung reman kedua ibu bapa Zayn Rayyan bagi meneruskan siasatan.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Feb 2024
Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Here’s a New Oppa for Everyone to Fangirl Over; Lui Peng

Okay, he’s not Korean but this Chinese-British hunk will get you going crazy for sure.

Trending Tue, 15 Jan 2019

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Featured Wed, 5 Apr 2023
Trending Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah, Hanez Masih Bahagia

Disebabkan Hanez dilihat aktif berniaga termasuk menjual sambal bilis, pelakon berusia 33 tahun ini terus dikatakan tidak lagi bahagia. Ish, tak baik tau…

error: Content is protected !!