Kisah Viral By: Khairil Khusyairi January 5, 2024 @ 3:12pm

“Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme yang dipercayai mati dibunuh Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, iaitu Ismanira Abdul Manaf membuat perkongsian di media sosialnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ismanira berkongsi tangkap layar yang memaparkan individu memberi kata-kata semangat buat dirinya.

Dalam muat naik di IG Stories, Ismanira menyatakan rindu terhadap anak syurganya itu takkan pernah hilang.

Ismanira turut merasakan kehilangan Zayn seperti tidak terjadi apabila melihat video-video lama anaknya itu. Namun, harus menerima dan reda dengan ketentuan takdir.

“Dia pergi tu memang kita terima, sebab dah ajal dia, Allah dah tentukan macam tu.

“Memang umurnya tak panjang. Tapi rindu tu yang takkan pernah hilang. Kadang-kadang bila tengok video-video lama, rasa macam tak percaya betul ke anak aku dah pergi.

“Tapi bukan kita tak terima, bukan tak redha, sebab rindu sangat itu yang rasa macam tu. Tambah-tambah saya ibunya,” tulisnya.

Terdahulu, Ismanira berharap agar keadilan terhadap anaknya itu dapat ditegakkan dan nasib Zayn Rayyan terbela.

Dalam masa sama, pihak polis memberi jaminan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan tidak akan dihentikan walaupun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh, selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Lebih mengejutkan, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Kini, keluarga Zayn Rayyan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis menjejak pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Tak Tutup Kes Zayn Rayyan, Siasatan Masih Diteruskan Walaupun Tiada Petunjuk Baharu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Melangkah Tahun Baru Dengan Duka Dan Harapan, Semoga Ada Keadilan Buat Anakku” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu Yang Paling Sakit Adalah Rindu Pada Orang Yang Telah Tiada” – Ibu Zayn Rayyan

 ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Reda, Serah Siasatan Kepada Polis – “Saya Tak Sangka Ia Berakhir Macam Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil Bedah Siasat Sahkan Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Mati Dibunuh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 9 Nov 2018

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Adakah anda ingin dapatkan semula mesej lama dalam aplikasi Whatsapp anda?Ketahui caranya di sini.

Trending Thu, 11 Mar 2021
Featured Mon, 28 Jun 2021

Bank Mampu Laksanakan Moratorium Penuh Kepada B40 Dan M40

Umum maklum mengenai pengumuman PKP yang dilanjutkan sehingga Julai ini. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai pelaksanaan bantuan seperti moratorium dan i-Sinar. Menurut Presiden Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN, Datuk Sohaimi Shahadan , pemberian moratorium kepada golongan […]

Trending Thu, 12 Apr 2018

Pemurahnya TMJ, Patutlah Rakyat Johor Sayang

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan sejumlah wang beranggaran RM1 juta untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.

TECH Sun, 10 Mar 2019

Nokia is Running a Grand Sale, as Low as RM219!

Hurry! It’s for a limited time only!