Events By: Salma Syahbuddin April 27, 2024 @ 1:35pm

“Jemaah Semua Rasa Tak? Kita Semua Depan Kaabah” – Jemaah OKU Tunai Umrah Runtun Hati Ramai

Sejak semalam, tular perkongsian sepotong video pendek memperlihatkan sekumpulan jemaah yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengerjakan umrah.

Menerusi video tersebut, rata-rata warganet merasa sebak ketika melihat jemaah diberitahu bahawa mereka sedang berada tepat di depan Kaabah.

Bahkan, apa Ā yang lebih meruntun hati, rata-rata jemaah mula berdoa meminta kemudahan dalam mengerjakan ibadah umrah sambil menitiskan air mata.

 

Menurut Ustaz Rock, Ā dia bertindak sebagai Mutawwif umrah bagi Persatuan OKU Penglihatan Malaysia (PERTIS).

ā€œUmrah Persatuan OKU Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),ā€ tulisnya.

@andalusia_penang ā€œ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH šŸ•‹šŸ˜­ ā€ Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda?šŸ„¹ Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024 #umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji ā™¬ Rapuh_ – Zali

 

Menjengah ke ruangan balas hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Andalusia HQ itu, ramai yang memberikan respons bahawa mereka tersentuh melihat jemaah dalam kalangan OKU yang dijemput oleh Allah SWT terlebih dahulu untuk berkunjung ke tanah suci.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 5 juta tontonan dan menerima lebih 800,000tanda suka beserta lebih 24,000 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Sun, 7 Apr 2024
Featured Thu, 1 Sep 2022

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Ustaz Don Daniyal ulas isu sekatan konsert artis antarabangsa

Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahanā€™s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!

Events Sat, 10 Sep 2022

Raih Sambutan Luar Biasa, Dewa 19 Berjaya Pukau 8,000 Peminat Di Malaysia!

Konsert Dewa19 menyihir!ā¤ļøā€šŸ”„

Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

LELAKI CANTIK DAH POTONG A***?

“Lelaki Cantik” ini kembali hangat apabila ramai yang mengecam beliau terutama sekali apabila Safiey memuat naik gambarnya bersama lelaki