Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 30, 2023 @ 7:11am

Kekal Fokus Dalam Famili Duo, Fyna Jebat Kunci Mulut Isu Pertelingkahan Dengan Madu

Penyanyi Fyna Jebat mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang ulasan lanjut berhubung dakwaan terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya, Datin Zalina Zaini, minggu lalu.

Isteri kedua kepada bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan itu menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pertelingkahan Di Restoran: “Adik Saya Enggan Beri Komen” – Ayda Jebat

“Tidak apa yang saya boleh katakan. Biarlah isu ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya kepada XTRA.

Tambah kakak Fyna, penyanyi Ayda Jebat, adiknya enggan mengeruhkan keadaan dengan memberikan sebarang komen.

“Dia tak boleh kongsi apa-apa, saya minta maaf. Bagi pihak Fyna dan keluarga, kami rasakan jika banyak kami bercakap atau kami kongsikan, perkara itu boleh jadi benda lain.

“Kami harap semua pihak boleh memahami pendirian kami, terima kasih kerana menyokong kami,” katanya.

@xtra_my Persembahan The Jebats malamni dah macam level international weyy😍🔥 Korang lurve tak? Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Fyna dan Ayda menjawab pertanyaan media usai konsert separuh akhir program realiti Famili Duo TV3, malam tadi.

Fyna juga menegaskan pelbagai perkara yang terjadi tidak mengganggu fokusnya dalam pertandingan Famili Duo.

“Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandigan ini kerana kakak saya dah banyak berhabis wang untuk persediaan persembahan Famili Duo setiap minggu.

“Abang ipar saya, Nabil Mahir selaku pengarah kreatif untuk setiap persembahan kami dan team juga sering bertungkus lumus memberikan terbaik.

“Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam minggu lalu, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan dengan isteri pertama suaminya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Dalam pada itu, Fyna dan Ayda mengungguli minggu separuh akhir dengan meraih gelaran Duo of The Week dan berjaya mara ke pusingan akhir pada Ahad depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda & Fyna Juara Lagi, Serahkan Kemenangan Kepada Sabhi, Fareed, Sissy & Naim.. Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Apr 2026

MonoloQue Hidupkan Semula ‘Pujaan Hatiku’ Dalam Versi Lebih Intim

Versi terbaharu Pujaan Hatiku tampil dengan pendekatan berbeza apabila disusun secara minimalis.

Trending Wed, 18 Mar 2026

Lagu ‘Memori Raya’ Catchy Tapi Sentuh Hati, Shiha Zikir Muncul Dengan Karya Penuh Nostalgia

Shiha Zikir kembali memeriahkan Aidilfitri tahun ini dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.

Trending Sat, 5 May 2018

Bergaduh ‘Rebut’ Isteri Orang, Lelaki Maut Ditetak!

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati suspek dan isterinya berdua-duaan di situ sebelum berlaku pergaduhan!

Trending Thu, 3 Jan 2019

Kenapa NASA Tarik Balik Kenyataan Tentang Ancaman NT7?

NASA sebelum ini meramalkan sebuah Asteroid gergasi bakal menghentam bumi pada 2019.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025
Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Orang Yang Insecure Adalah Orang Yang Suka Membuli”- Sarimah Ibrahim

Paling teruk, ada segelintir mereka yang menganggap individu tersebut sebagai ancaman.

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber! Memang terbaik dan WIN lah azam yang ini

error: Content is protected !!