Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 29, 2021 @ 3:28am

“Tak Cukup Tidur Terutama Nabil” – Dah Ada Lebih 42,000 Followers, Ayda Jebat Buka Akaun Instagram Anak Kerana…

Penyanyi Ayda Jebat menganggap pengalaman menjadi seorang ibu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Ayda dan suaminya, pengacara Nabil Mahir menyambut kelahiran anak sulung mereka, Ana Nayla pada 21 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya Mata Baby…” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Dedah Wajah Anak, Beri Nama Ana Nayla

“Pengalaman menjadi ibu memang istimewa, saya takkan boleh beli dekat mana-mana. Saya dan Nabil sangat bersyukur dengan kehadiran permata hati kami. Sebagai ibu bapa baharu, kami sedang belajar bagaimana untuk menguruskan anak.

“Setiap hari ada saja pengalaman menarik dan kami gembira menempuhi proses terbabit. Tak cukup tidur, terutamanya Nabil kerana dia yang buat semua benda,” katanya kepada Xtra.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Menurut Ayda, mereka membuka akaun Instagram untuk anak kerana mahu memudahkan keluarga dan teman tersayang mengikuti perkembangan dan perjalanan si comel.

Ketika artikel ini ditulis, akaun Instagram anak mereka meraih lebih 42,000 pengikut tidak sampai 24 jam ia dibuka.

“Kami akan kongsikan perkembangan anak tercinta menerusi kemas kini di akaun Instagram itu kelak. Ia akan memudahkan keluarga, saudara mara, teman serta peminat melihat perjalanan anak kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda juga menjelaskan mengapa mereka memilih nama Ana Nayla serta maksudnya.

“Nayla membawa maksud sukses ‘achiever, successful one’ manakala nama Ana pula kami pilih berdasarkan nama ibu kami.

“Nama ibu saya Rohana manakala nama ibu Nabil pula adalah Diana. Jadi, kami mengambil nama akhir ratu hati kami dan diberikan kepada anak tercinta,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023

Kembali Aktif Berlakon, Mira Filzah Sudah Rancang Anak Kedua

Wahh lepas ni Amir dah ada teman main lah

Featured Fri, 5 Aug 2022

Insulin Kosong Dalam Badan, Ako Mustapha Dikejar Ke ICU

Semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Jangan lupa makan ubat okay 😊

Trending Wed, 21 Oct 2020
Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Indah Ruhailah Makin Teliti Cari Lagu?

Peminat Indah Ruhailah, jangan risau Indah masih aktif menyanyi okay!

Events Mon, 11 Nov 2019
Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bukan Nak Sorok Tapi…” – Neelofa Minta Beri Masa Untuk Kongsi Wajah Bilal

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya 😘 Tapi, min pun tak sabar nak tengok Bilal 😍

Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

‘GF’ Aliff Aziz Akhirnya Buka Mulut

Aliff Aziz memuat naik gambar bersama seorang wanita cantik di Instagramnya.

error: Content is protected !!