Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 1, 2022 @ 4:39pm

Pentingkan Karya Berisi, Amir Masdi Ingin Jaga Kualiti Lagu – “Sekarang Ramai Yang Hanya Ikut Trend”

Penyanyi dan pengubah lagu Amir Masdi memaklumkan dia amat menjaga kualiti dan mementingkan isi dalam setiap lagu yang dihasilkannya.

Menurut Amir, dia tidak tertarik dengan lagu yang dihasilkan secara ‘asal boleh’ untuk meraih populariti, sebaliknya ingin memastikan peminat dapat menikmati kualiti karya yang dihasilkannya.

“Lagu sekarang tidak seperti dahulu yang isi dan melodinya kuat. Kadang kala saya frust juga kerana pembikin sekarang ramai yang hanya ikut trend, buat lagu untuk tular dan popular di platform media sosial semata-mata.

“Bagaimanapun, saya tidak salahkan mereka kerana corak pasarannya begitu, tular di media sosial. Disebabkan itu, ramai yang buat untuk menyasarkan kelompok pendengar sedemikian.

“Tetapi, sebagai penyanyi dan penggubah lagu serta penulis lirik yang amat mementingkan isi dalam lagu, saya buat lagu bukan untuk popular semata-mata,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Amir juga menyatakan industri muzik tanah air memerlukan pelapis yang boleh menghasilkan lagu seperti orang lama agar karya yang bagus tidak pupus.

“Lagu lama banyak yang berisi, ada maksud, cerita dan terkait dengan pengalaman pendengar. Tidak dibuat untuk berhibur semata-mata.

“Kita kena ada pelapis yang boleh menghasilkan lagu seperti ini. Kalau tidak, karya sebegini akan pupus,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Jun 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Wanita Fitnah Ubai ‘Biawak Hidup’ Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Ada Niat Nak Aib Atau Sakiti Mereka”

Wanita yang dikenali sebagai Wana itu mengakui kesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.

Eat Travel Wed, 12 Jun 2019
Trending Fri, 21 Jul 2023

ABPBH 35: Hawa Rizwana Sebaris Pengacara Hebat, Terharu Sokongan Peminat – “Sebelum Ni Saya Pergi Sebagai Wartawan…”

Pengacara dan personaliti TV Hawa Rizwana mengakui teruja apabila namanya tercalon dalam kelompok Top 5 menerusi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35. Berkongsi keterujaan itu, Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad […]

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

中文AIM报名创新高!黄明志与郭修彧个人报名量最高

《2020 AIM 中文音乐颁奖典礼》报名已截止,经过整理与统计,该届报名再创新高,其中个人报名量最高的是郭修彧以及黄明志!

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Selamat Datang Ke Kuala Lumpur, Mariah Carey! Korang Dah Beli Tiket Ke Belum?

Mesti gempak kan konsert tu nanti? Mariah Carey kot! Korang dah dapatkan tiket ke belum?

error: Content is protected !!