Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2025 @ 12:29pm

Wanita Fitnah Ubai ‘Biawak Hidup’ Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Ada Niat Nak Aib Atau Sakiti Mereka”

Individu wanita didakwa menyinggung perasaan penyanyi popular, Shila Amzah dan suaminya, Ubai MZ akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi perkongsian video tular sebuah portal hiburan, wanita yang dikenali sebagai Wana itu mengakui kesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.

Menurutnya, dia tidak berniat untuk menyakiti mana-mana pihak ketika membuat hantaran tersebut, namun mengakui bahawa tindakannya memberi kesan kepada pasangan berkenaan.

“Saya Wana ingin mengambil ruang ini untuk memohon maaf secara terbuka kepada Ubai dan Shila atas tindakan saya yang telah menyinggung perasaan mereka berdua.

“Saya amat kesal dan sedar perbuatan saya walaupun mungkin tidak berniat buruk namun, telah memberi kesan yang tidak baik kepada mereka berdua.

“Saya tidak bermaksud untuk  mengaibkan atau menyakiti Shila dan Ubai. Sebagai manusia biasa saya akui saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Dalam hantaran sama, wanita tersebut juga menegaskan, kesilapan yang berlaku merupakan pengajaran terbesar buat dirinya.

Sekaligus berjanji akan lebih berhati-hati dengan setiap perkongsian dan tindakannya selepas ini.

“Saya berdoa agar Ubai dan Shila dapat menerima permohonan maaf saya ini dengan hati yang terbuka.

“Saya ambil perkara ini sebagai pengajaran besar buat diri saya dan insya-Allah saya akan lebih berhati-hati dengan setiap perkongsian dan atas tindakan saya selepas ini.

“Sekali lagi saya memohon maaf dengan sepenuh hati kepada Ubai dan Shila semoga Allah SWT melembutkan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling bermaafan.

“Sekali lagi saya minta maaf dan saya dahului dengan ucapan terima kasih kerana sudi mendengar permohonan maaf daripada saya, terima kasih,” jelasnya.

Sebelum ini, Ubai menerima kecaman menerusi platform TikTok apabila dia didakwa tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada Shila.

Enggan berdiam diri, Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli  bagaimanapun tampil meminta pertolongan netizen mencari individu berkenaan yang didakwa menabur fitnah terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Betul Saya Tanggung Dia, Takkan Saya Sebahagia Ini” – Shila Amzah Tepis Dakwaan Sara Ubai MZ

ARTIKEL BERKAITAN:“Sesungguhnya Bukan Semua Yang Bernama Tiri Itu Jahat” – Shila Amzah Syukur Dikurniakan Suami Hebat

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Mengaku Ubai Tertekan Dituduh ‘Kaki Pukul’

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan Disalah Erti, Shila Amzah Berang Ubai Didakwa Kaki Pukul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

Events Mon, 1 Jul 2019

小提琴家Dennis Lau演奏会圆满举行!汇集各族好友献唱添文化色彩

大马著名小提琴家Dennis刘凯彦「The Chosen」演奏会圆满举行,圈中各族好友纷纷助阵献唱,为演奏会增添多元文化色彩。

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

It’s A BOY! Kapsyen Erma Fatima Untuk Adik Ipar Bikin Netizen Sebak

Berkemungkinan, kapsyen berkenaan mengingatkan perkara yang pernah dilalui oleh pelakon Mak Cun ini dahulu.

Featured Fri, 18 Apr 2025

“Ia Berlaku Pada Pagi Hari Raya” – Suami Kesal, Zahnita Bawa Lelaki Tak Dikenali Masuk Dalam Rumah?

Dia meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila Zahnita didakwa membawa seorang lelaki ke rumah mereka

Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Saya Sayang Mak Saya” – Shila Amzah Nafi Hubungan Kembali Dingin Dengan Ibu

Perkongsian podcast itu hanya sebagai pengajaran sahaja.

Featured Mon, 30 Jun 2025

“Demi Allah Kami Tuntut Hak” – Komposer & Penerbit Nafi Ambil Kesempatan Pada 4U2C

Mereka suami isteri cuma mahu menegakkan hak mereka sebagai pemegang dan pemilik lagu-lagu kumpulan itu.

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

error: Content is protected !!