Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 30, 2023 @ 5:58am

Famili Duo: Ayda & Fyna Juara Lagi, Serahkan Kemenangan Kepada Sabhi, Fareed, Sissy & Naim.. Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

Minggu separuh akhir Famili Duo bertemakan ‘Legenda / Idola’ menyaksikan pasangan adik beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang membawa lagu Rolling in The Deep mendahului pertandingan dengan meraih 72.6 peratus markah.

Dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton, Ayda dan Fyna mengulangi kemenangan minggu keempat dan berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Namun begitu, Ayda dan Fyna menyerahkan wang kemenangan mereka kepada pasangan Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique serta Naim Daniel dan Sissy Imann yang tidak berjaya meraih kejuaraan sepanjang tujuh minggu Famili Duo berlangsung.

@xtra_my Persembahan The Jebats malamni dah macam level international weyy😍🔥 Korang lurve tak? Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Di tempat kedua, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang menyampaikan lagu Rentak Laguku meraih markah sebanyak 71.4 peratus.

@xtra_my Mummy happy tau gais dengan persembahan Yamani & Zaki malamni😋 Siap bagi pesanan kat Datuk Jamal Abdillah ye😍🤟🏼 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Membawakan lagu Pening, duo sepupu Naim Daniel dan Sissy Imann pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 71.2 peratus.

@xtra_my Mereka comeback gais malamni 😍 Tahniah buat naim & sissy untuk persembahan malamni. Mummy pun bagi markah tinggi tau! 🫶🏼 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Berikut merupakan markah penuh tujuh peserta Famili Duo di minggu separuh akhir:

1. Ayda Jebat & Fyna Jebat (72.6%)
2. Zaki Yamani & Yamani Abdillah (71.4%)
3. Sissy Imann & Naim Daniel (71.2%)
4. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (69.9%%)
5. Siti Saida & Siti Saerah (64.2%)
6. Bella Astillah & Wani Kayrie (54.6%)
7. Ara Johari & Shaffiq Erwin (51.1%)

Berikut pula carta keseluruhan markah terkumpul untuk Famili Duo:

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jun 2025

Jufferi Jamari, Mat Yo, Sharul Aimy, Noraniza Idris, Tomok, Mawi & Ramai Lagi Kongsi Pentas… ‘Game Changers UKM’ Gabungkan Ikon Sukan & Seni

Program Game Changers menghimpunkan ikon sukan serta seni tanah air dalam satu pentas inspirasi.

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Sun, 6 Oct 2019
Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Nafi Sengaja Cipta Publisiti Tayang L*rah, Sophia Albarakbah Akan Lebih Berhati-Hati Jaga Penampilan

Sophia Albarakbah nafi tayang lurah, anggap kritikan netizen lumrah

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Selepas Ironman, Alif Satar Dinobat Personaliti Tahun 2019!

Apa saja yang Alif Satar tak mampu lakukan?

error: Content is protected !!