Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 6, 2019 @ 4:59pm

“Siapalah Saya…” – Fad Anuar

Fad Anuar bukanlah baharu dalam dunia seni, namun mungkin kerana pelakon ini belum pernah membintangi mana-mana filem sebelum ini, namanya masih asing kepada masyarakat.

Pelakon berusia 30 tahun ini mula menceburi bidang lakonan pada 2014 dan muncul sebagai watak tambahan dalam drama-drama seperti ‘Dia Anak Jeneral’ di samping Fattah Amin dan ‘Sumpah Ibu’ untuk TV9.

Mempunyai latar belakang seni pesilatan dari umur 16 tahun, semua babak aksi dalam filem Geran dilakukan oleh dirinya sendiri, tanpa ‘stunt double’.  

Apabila ditanya cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Fad yang membawa watak Mat Arip dalam filem ini, dia berkata selain mempelajari bercakap loghat Kedah, babak-babak aksi yang begitu memakan masa untuk dirakamkan adalah cabaran utamanya. 

“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah semasa melakukan aksi-aksi pergaduhan di mana saya terpaksa berlawan dengan ramai orang.  Rakaman babak pergaduhan itu bermula dari jam 7 pagi hingga 7 malam, satu hari suntuk saya buat babak itu, berhenti hanya untuk makan dan minum petang kemudian sambung lagi.

“Tenaga saya gunakan cukup-cukup…sampai akhir-akhir saya sebenarnya memang dah tak larat dah…dah lemah habis untuk lakonkan aksi-aksi pergaduhan,” ujar Fad ketika ditemui Xtra selepas pra-tonton filem Geran baru-baru ini.

Pelakon yang berasal dari negeri Terengganu ini tidak asing dalam dunia pengiklanan, dan sering mendapat tawaran kerana wajahnya yang komersial. Pabila ditanya tentang drama atau filem terbaru;

Setakat ini belum ada lagi…tak ada tawaran untuk drama mahupun filem. Kebanyakkannya tawaran untuk iklan. Dalam drama selalunya mereka dah ada orang yang spesifik untuk watak-watak tertentu. Siapalah saya? Orang tak kenal…Geran adalah filem pertama saya,” jawab Fad Anuar

Pada pendapat saya, Fad melakonkan watak Mat Arip dengan baik terutama sekali apabila dalam babak-babak pergaduhan yang begitu realistik.  Mungkinkah Fad Anuar bakal menjadi pelapis Hero Malaya seperti Remy Ishak dan Zul Ariffin? Adililah sendiri dengan menonton filem Geran, dari Layar Pictures yang akan menemui penonton di pawagam 10 Oktober ini. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Oct 2025

Sharifah Sakinah Hidupkan Watak Ibu Tiri Berilmu Hitam Dalam ‘Qifarah’

Sakinah menghidupkan watak Mawar, seorang ibu tiri yang menyimpan rahsia hitam

Featured Sun, 3 Apr 2022

“Yasin Sulaiman Perlukan Rawatan, Bukan Hukuman…” – Wardina Safiyyah

Wardina mohon agar Yasin dibebaskan untuk mendapat rawatan segera..

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Umur Dah Cecah 50 Tahun, Mana Tahu Kubur Memanggil…” – Aaron Aziz Nekad Elak Babak Dukung, Bersentuhan

Aaron menjelaskan dia masih terbuka menerima tawaran lakonan, namun mengharapkan watak yang lebih segar dan mencabar

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Menggeletar Dengar Kata-Kata Tok Ram, Rasa Ditertawakan Netizen… Aina Abdul Sedar Diri, Lebih Bersemangat Terbitkan Imaji

Tahniah Aina! Akhirnya Aina buktikan Aina pun boleh keluarkan album❤️ Dapatkan Imaji segera geng✌🏼

Trending Hari Ini Thu, 9 May 2019

Bangga Bila Berpuasa, Tapi Hakikatnya Solat Diringan-ringankan?

Raihlah keberkatan di bulan ramadan dengan perbanyakkan solat dan doa!

error: Content is protected !!