Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 20, 2022 @ 8:07pm

Kongsi Foto Ketika Bercuti, Netizen Terpegun Dengan Kecomelan Anak Anzalna Nasir – “Tolonglah Beranak Ramai-Ramai”

Baru-baru ini, pelakon jelita Anzalna Nasir memuat naik foto anak keduanya, Emirhan di akaun Instagram ketika bercuti di sebuah tempat peranginan.

Menerusi hantaran tersebut, dilihat anaknya itu sedang santai berbaring di atas sebuah kerusi rehat berpayung.

“Happy 4 months old Emirhan! Kesian kena paksa ambil gambar tengah panas nak buka mata pun payah demi content mak dia! I surrender katanya…

“Don’t worry mommy tak kejam masih di bawah payung under my umbrella ella ella ella eh eh eh,” tulisnya berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Apa yang menarik perhatian adalah kecomelan anak lelakinya itu yang dilihat mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu dipadankan dengan seluar berwarna coklat muda.

Menjengah diruangan komen, rata-rata ramai yang memuji anaknya itu dan menyatakan anaknya sangat tampan sehingga ada yang meminta Anzalna untuk melahirkan anak lebih ramai.

Malah, ramai yang menyamakan anaknya itu dengan anak mat salleh dan anak orang Timur Tengah.

Untuk info, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 2016 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Mohamad Eirdress, dua tahun dan Mohamad Emirhan, empat bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 May 2025
Trending Thu, 19 Aug 2021

Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew (UEL) selesai memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman sebentar tadi. UEL dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul […]

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

‘Sedih Tetapi Dah Terima Hakikat’- Pengarah Drama Nur

Saya berharap peminat tidak kecewa kerana…

Trending Mon, 24 Sep 2018
Featured Mon, 23 Mar 2020
error: Content is protected !!