Events By: Salma Syahbuddin September 10, 2022 @ 5:29pm

Raih Sambutan Luar Biasa, Dewa 19 Berjaya Pukau 8,000 Peminat Di Malaysia!

Kumpulan muzik terkenal, Dewa 19 akhirnya menunaikan impian peminat di Malaysia dengan Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-30 kumpulan berkenaan yang diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Dengan slogan, 30 tahun, 30 kota dan 30 buah lagu, konsert yang diadakan dua hari berturut-turut ini menerima sambutan luar biasa.

Selepas konsert yang diadakan pada tahun 2019 tanpa kehadiran figura muzik, Ahmad Dhani, kali ini peminat pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kelima-lima vokalis kumpulan terkenal itu beraksi di atas pentas yang sama.

Dihadiri  lebih 8,000 peminat tanah air, konsert Dewa 19 ternyata memukau dengan lagu-lagu popularnya dan juga barisan vokalis kumpulan terkenal itu termasuklah, Virzha, Once Mekel, Ahmad Dhani, Ari Lasso dan Ello.

Namun, antara vokalis yang paling mendapat sorakan gemuruh penonton adalah ketika kemunculan Once Mekel.

“Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki di Malaysia. Ini malam yang paling  terbaik.

“Tanpa anda semua, kami bukan apa-apa. Terima kasih Malaysia,” katanya sebelum meneruskan nyanyian Roman Picisan.

#Dewa19AnniversaryTour yang diadakan kali ini juga pastinya meninggalkan momen manis buat semua Baladewa dan Baladewi yang hadir, apatah lagi peminat turut didendangkan dengan 37 buah lagu popular kumpulan itu sepanjang kerjaya seni mereka.

Antara lagu-lagu hits mereka adalah, Pupus, Larut, Sedang Ingin Bercinta, Arjuna dan Roman Picisan.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut berada dalam fasa sentimental yang tersendiri apabila semua penonton diminta untuk menyalakan lampu telefon bimbit masing-masing bersama iringan lagu tanpa muzik berjudul, Hadapi Dengan Senyuman.

Bahkan, konsert ini melabuhkan tirainya dengan dendangan lagu popular mereka, Separuh Nafasku yang dinyanyikan oleh kelima-lima vokalis kumpuan Dewa 19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Trending Mon, 13 Apr 2020

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Kebenaran ini pahit untuk diterima..

#ThrowbackXTRA Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 9 Feb 2018

Fattah Amin dan Nur Fazura Bersanding 25 Februari 2018

pasangan selebriti ini Fattah Amin dan Nur Fazura bakal menaiki pelamin pada 25 Feb 2018

Hiburan Sun, 2 Jul 2023
Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Thu, 4 Aug 2022

Didakwa Telah Bercerai, Ini Respons Pengurus Noh Salleh – “Tunggu Berita Daripada Kami”

Apapun, kita kena tunggu respons tuan empunya badan dulu. Kita doakan yang baik-baik je okay.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan […]