Featured By: Fadzlena Jafar June 1, 2020 @ 4:00pm

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Kebanyakan wanita Asia mempunyai masalah bentuk badan pir, iaitu kecil pada bahagian bahu, tetapi besar pada bahagian pinggul terutama paha.

Bentuk badan ini menyukarkan wanita untuk membeli baju di pasar raya atau butik kerana kebanyakan baju direka mengikut bentuk badan wanita yang biasa.

Bukan sahaja sukar membeli saiz blaus atau seluar yang bersesuaian, malah baju kurung juga pasti bermasalah. Jika bahu muat, pinggul pula sendat, tetapi jika bahagian pinggul muat, bahu pula terlebih besar.

Selebriti terkenal Janna Nick yang tinggi lampai juga mengakui menghadapi masalah berkenaan. Menyedari kekurangan itu akan membuatkan penampilannya tampak besar, Janna Nick mempelajari cara senaman yang mampu mengecilkan pinggul dan paha.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. . Haa yg terlebih lemak kat peha tu boleh la follow cara senaman akak cantik manis @jannanick share ni. Nak body cantik mcm janna kena la rajin2 bersenam tauu. Tapi bersenam tu bersenam la jugak, makan jangan tak jaga. Kang penat ja je dapat.. bersenam bagai nak rak makan tak jaga mana nak hilang lemak tu ???? faham kannn hehe #FitTribeOnlineCoaching ???????? Personal & Group Coaching ???????? Meal Plan & Resipi Sihat 30 Hari ???????? Combo Workout Dari Rumah ???????? Sesi Topik Diet Sihat & Nutrisi Coach Dini +601127793120 Atau klik link di bio ☝???? – Follow 2nd ig @teamdillanur untuk perkongsian menu sihat. #fittribe #dudukrumah #menuraya #foodpanda #menudietharian #openhouse #sayamasak #nakkurus #menudiet #cabaranturunberatbadan #bazaronline #ootd #misimengecil #pinggansihat #tipskurus #kempisperut #lemang #biskutraya #rayapkp #tipkurus #raya2020 #kuruscepat #jannanicker #jannanick

A post shared by FIT TRIBE ONLINE COACHING (@dini.dy_) on

Baru-baru ini, Janna Nick berkongsi cara senaman mudah itu dalam laman sosial untuk dimanfaatkan wanita yang menghadapi masalah berkenaan.

“Antara masalah Janna ialah paha besar macam gajah. Selepas melakukan senaman ini, paha Janna jadi kecil. Ramai yang tanya Janna bagaimana Janna melakukannya.

“Janna hanya melakukan senaman mudah ini, tapi sejak Perintah kawalan Pergerakan (PKP), paha jadi besar balik. Oleh itu kena mula rajin bersenam, Tidak susah, tapi kena rajin,” katanya.

Berikut cara senaman mudah Janna Nick untuk kecilkan paha:

1. Senaman regang kaki

Tegakkan badan, angkat satu kaki dan regangkan kaki ke belakang sehingga selari dengan badan. Ulang sebanyak lima kali dan kemudian tukar kaki dan lakukan cara yang sama.

2. Senaman cara ‘anjing buang air’

Masih cara yang sama seperti senaman pertama, cuma kali ini angkat kaki ke sisi dan turunkan. Ulang senaman ini lima kali dan tukar kaki.

3. Senaman angkat pinggul

Bagi senaman ini, anda dikehendaki baring dalam keadaan terlentang dan perlahan-lahan angkat pinggul ke atas. Senaman ini dapat menegang otot perut dan paha.

4. Berjalan atas mesin treadmill

Buat permulaan, Janna Nick mencadangkan supaya mengguna kelajuan 3.5 sahaja dan gerakan condong tahap 15. Cara ini paling mudah untuk mengecilkan paha. Lakukan sekurang-kurangnya 20 minit.

Amalkan rutin senaman mudah ini yang hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sehari, anda akan nampak hasilnya dalam masa dua minggu.

Kredit gambar: Instagram @dini.dy_

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Featured Thu, 7 Nov 2019

Ratu Malaysia Universe 2019 imbas pengalaman berbadan gempal

Shweta Sekhon promosi kempen #yourbodyyoursay

Featured Sun, 5 Feb 2023

Ummi Nazeera Pesan Jangan Ada Cinta Lokasi – “Ia Menganggu Orang Lain Kalau…”

Kalau pandai control perasaan, go ahead – Ummi Nazeera

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Tue, 27 Jul 2021

“Beliau Banyak Korban Masa Dan Tenaga”- Ramai Pertahankan DG Hisham

Tindakan pelakon Lana Nodin dan Rita Rudaini yang mencadangkan agar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Menerusi laman sosial, rata-rata warganet tidak bersetuju […]