Featured By: Fadzlena Jafar November 7, 2019 @ 5:42pm

Ratu Malaysia Universe 2019 imbas pengalaman berbadan gempal

Pengalaman berasa rendah diri hanya kerana bertubuh besar ketika bersekolah dulu memberi inspirasi kepada Ratu Malaysia Universe 2019, Shweta Sekhon untuk memulakan kempen #yourbodyyoursay.

Gadis jelita yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 tahun pada 6 November itu berkata, beliau berharap pemilihannya sebagai Ratu Malaysia Universe 2019 dapat menjadi suara bagi menggalakkan wanita supaya lebih yakin dengan diri mereka tanpa mengambil kira saiz badan.

“Ketika berusia 16 tahun, badan saya agak gempal dan keadaan itu sedikit sebanyak membuatkan saya menjadi rendah diri, apatah pula kebanyakan ahli keluarga saya  termasuk sepupu berbadan kecil.

“Kajian menunjukkan saiz tubuh antara faktor utama yang menyebabkan kemurungan dalam kalangan remaja. Ada yang dibuli hanya kerana badan yang besar dan tidak kurang juga yang menjadi bahan jenaka sehingga mereka memencilkan diri daripada rakan-rakan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah #yourbodyyoursay di Universiti HELP, di Damansara, baru-baru ini.

Ratu Malaysia Universe, Shweta Sekhon menyampaikan ceramah #yourbodyyyoursay ” di Universiti HELP, Wisma Help Damansara, baru-baru ini. Gambar NSTP/OWEE AH CHUN.

Turut hadir, Ketua Kemapanan DiGi, Philip Ling dan Pengarah Pemasaran Neubodi, Joyce Ooi. Kempen terbabit turut mendapat sokongan bebarapa penaja iaitu DiGi, Neubodi dan Dove.

Lebih 100 pelajar dan kakitangan University HELP hadir pada kempen kesedaran #yourbodyyoursay yang diharap dapat meningkatkan keyakinan golongan muda terhadap potensi diri masing-masing.

Shweta yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan Ratu Universe, Disember ini melancarkan kempen #yourbodyyoursay ketika menyampaikan ceramah di Universiti MAHSA, pada 3 Oktober lalu.

Shweta berkata, meskipun kempen berkenaan menggalakkan setiap remaja untuk yakin dengan bentuk badan masing-masing, pada masa sama kesihatan diri perlu diutamakan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Ramai yang beranggapan, saiz badan yang kurus atau langsing adalah penting untuk kelihatan menarik, namun hakikatnya tiada peraturan yang tetap membabitkan fesyen. Sesiapa saja boleh tampil bergaya jika dia yakin dengan diri dan tubuhnya kerana tubuh anda, anda yang menentukannya!

“Bagaimanapun, apa yang penting adalah memastikan kesihatan diri. Pastikan anda mempunyai keseimbangan dalam hidup kerana tubuh yang terlalu besar atau obes juga boleh menimbulkan masalah kesihatan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan yakin dengan diri sendiri,” katanya.

Shweta berharap kempen kesedaran #yourbodyyoursay dapat memembantu golongan muda untuk lebih yakin dengan diri sendiri. Gambar NSTP/OWEE AH CHUN.

Dalam hubungan ini, Shweta akui bersyukur kerana mengambil keputusan untuk mengikut nasihat sepupunya supaya mengurangkan berat badan sejak zaman persekolahan.

Katanya, beliau mengambil masa beberapa bulan untuk mengurangkan berat badan termasuk mengamalkan pemakanan sihat selain melakukan senaman berkala.

“Tiada jalan singkat untuk mengurangkan berat badan. Paling pentingkan amalkan pemakanan sihat, banyakkan minum air dan ambil buah-buahan setiap hari. Saya juga bersenam ringkas dan berlari anak setiap hari di sekeliling rumah.

“Syukur kerana mengikut nasihat sepupu saya itu kerana apa yang saya lakukan itu menjadikan diri saya hari ini termasuk memenangi pertandingan Ratu Malaysia Universe 2019,” katanya yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian media di University HELP selepas tugas Ratu Malaysia Universe tamat kelak.

5 rahsia kecantikan Shweta Sekhon yang menjadi amalan gadis tinggi lampai ini:

1. Kurang bersolek

Shweta tidak begitu gemar mengenakan solekan. Meskipun terbabit dalam industri peragaan yang memerlukannya sentiasa tampil cantik, Shweta sering bersolek ringkas.

2. Pupur muka setiap Ahad

Beliau gemar memakai pupur muka yang dibuat sendiri setiap hari Ahad menggunakan resipi ibunya, iaitu tomato dan timun yang dikisar serta dicampur dengan sedikit serbuk kunyit.

3. Pupur muka selepas majlis

Shweta akan memastikan selepas menghadiri sebarang majlis beliau akan mengenakan pupur muka bagi mengekalkan kelembapan kulit. Amalan berkenaan dapat membantu supaya kulit tidak kering atau lesu keesokan harinya.

4. 3 produk wajib

Antara tiga produk wajib yang mesti ada dalam tas tangan Shweta ialah maskara, pelembap bibir dan pensel alis mata

5. Solekan ringkas (less is more)

Shweta tidak mengenakan solekan yang berlebihan kecuali jika ingin menghadiri majlis yang memerlukan beliau kelihatan cantik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Sep 2018

Tidur Pakai Stokin Tabiat Terbaik Untuk Menjaga Kesihatan!

Pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat.

Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]

Featured Sat, 11 Feb 2023

“Sempat Beribadah, Tapi Hati Kotor! Jahil Lagi Kamu“ -Shakilla Khoriri Tegur Siapa Tu?

“Stop menunding jari pada orang lain. Lihat keliling kamu. Adakah ahli keluarga kamu manusia yang BAIK?” Alamak, Shakilla marah siapa tu?

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.