Drama By: Salma Syahbuddin September 6, 2022 @ 1:00pm

“Ruhainies Dah Ada Boyfriend Guys” – Didakwa Bercinta, Zul Ariffin Jelaskan Status Hubungan

Selepas terkait dengan beberapa siri kontroversi melibatkan dirinya dan pelakon Ruhainies, Zul Ariffin tampil menjelaskan status hubungan mereka berdua.

Menurut Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 35, hubungan yang terjalin dengan aktres berkenaan hanyalah sekadar teman seperjuangan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:“Nampak Cara Tu Macam Dah Kahwin…” – Aksi Mesra Ruhainies Dan Zul Ariffin Tular, Netizen Dakwa Dah Kahwin Senyap-Senyap

ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Tampil Zul Ariffin Dalam Video Malam Berinai: “Ibaratnya Kalau Sudah Ada Anjali, Kenalah Ada Rahul” – Ruhainies

Tambah Zul, Ruhainies sememangnya mempunyai teman lelaki, cuma pelakon itu tidak terbuka untuk berkongsi dengan khalayak.

Zul berkata demikian selepas diajukan dengan beberapa pertanyaan berkenaan dakwaan dirinya telah berkahwin secara senyap.

“Oh, sebab ada few gosip dengan Ruhainies? Ruhainies dah ada boyfriend lah.

“Just advertise je lah… It’s Ruhainies yang tak nak advertise dia ada boyfriend. Ruhainies ada boyfriend guys… Sorry Ruhainies!

“Why orang nak duduk bertepuk tampar dengan saya adalah… bila mereka fikir saya terlalu baik orang akan take advantage. Semuanya sebab nak kan artikel right? That is pathetic. So, jangan lah buat macam tu.

“Then, when I am stop being nice, stop being friendly, masyarakat akan label saya sombong… Untuk apa? Content?” katanya dalam temu bual bersama Melodi TV3.

Sementara itu, Zul memaklumkan dia kini sedang sibuk dengan karier lakonannya.

Bahkan, sekiranya dia sudah memiliki teman istimewa sekalipun, itu bukanlah tiket untuk netizen masuk campur urusan peribadinya.

“Sekarang ini saya dengan diri saya dan kerjaya saya. Kalau saya ada girlfriend pun, it’s none of your business guys.

“Saya nak kahwin, saya kahwinlah… But, ia bukan wedding of the year. Banyak lagi kerja lain kena buat,” jelasnya.

Selain itu, teraju utama filem Juang ini juga turut berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan seninya dan berharap kepercayaan diberikan peminat itu adalah perkara paling ‘mahal’ sebagai anak seni.

“Untuk semua peminat yang dah support thru ups and down dalam perjalanan karier saya, thank you! And, it’s my duties to make sure I don’t quit. Yang penting kepercayaan anda semua sangat mahal untuk diri saya,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ruhainies Sahkan Jejaka Misteri Di Video ‘Malam Berinai’ Adalah Zul Ariffin… – “Saya Tak Kahwin Senyap-Senyap!”

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu Kerap Tayang Kekasih, Kini Ruhainies Ambil Langkah Berhati-Hati

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Feb 2022
Events Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

’Kami Tak Mampu Hentikan Perang Tapi…’- Ella Dilantik Duta Misi Kemanusiaan Ke Lubnan

Bakal terbang ke Lubnan pada 26-30 April ini, Ella atau nama sebenarnya Nur Zila Haji Aminuddin terpanggil menyertai misi bersama Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) untuk berkongsi kebahagiaan bersama rakyat Palestin.

Featured Wed, 15 Aug 2018

9 Fakta Menarik Tentang Maskara Yang Anda Tak Tahu

Dipercayai, wanita membelanjakan sebanyak RM12,000 untuk membeli maskara seumur hidupnya.

Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Featured Thu, 16 Feb 2023