Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 14, 2022 @ 1:35pm

“Saya Serahkan Pada Allah” – Didakwa Sibuk Siapkan Majlis Kahwin, Shuib Tampil Beri Penjelasan

Pelawak dan usahawan, Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 38,  menolak dakwaan kononnya dia kini sedang sibuk membuat persiapan majlis perkahwinannya bersama wanita yang dikenali sebagai Watie.

Menurut Shuib, dia berasa kurang senang apabila berita sedemikian tersebar kerana menganggap ia seolah-olah membelakangkan keluarganya.

“Kalau bab kahwin, banyak yang tanya saya adalah kawan-kawan. Tentang jodoh, saya berserah pada Allah SWT.

“Cuma kalau benda tak betul saya kena tegur,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Shuib berkata, dia kurang gemar bercakap soal jodoh kerana percaya segalanya telah diatur oleh Allah.

Namun, sekiranya hal perkahwinan itu berlangsung, dia tidak akan menyembunyikan perkara berkenaan dari pengetahuan pihak media mahupun orang ramai.

“Ada dakwaan kata saya dah tempah katering, baju perkahwinan dan sebagainya. Tapi tak ada pun.

“Saya tidak akan sorok (pernikahan). Saya serahkan pada Allah. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk diri sendiri dan akan sentiasa berdoa semoga Tuhan mudahkan jalan serta hadirkan orang-orang yang baik.

“Saya tidak suka benda-benda yang saya tak cakap, tapi keluar. Saya takut nanti keluarga terasa saya membelakangkan mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Shuib juga berkongsi anak-anaknya selesa dengan kehadiran Watie malah ada ketikanya mereka mengusik  mengenai perkara ini.

“Mereka sudah lama mengetahui mengenai Watie, namun mengunci mulut mengenai perkara ini. Apabila diketahui umum, mereka mengusik saya berhubung perkara itu,” jelasnya.

Terdahulu, hubungan Shuib dan Watie mula mencuri tumpuan ramai pihak selepas foto mereka tular ketika makan di sebuah restoran mewah, baru-baru  ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Hubungan Kami Berjalan Lancar” – Shuib Yakin Dengan Pilihan, Mohon Jangan Pertikai & Menilai Watie

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Sudah Tempah Katering, Shuib Jawab Isu Kahwin Pada Hujung Tahun

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Penyayang Dan Sabar Dengan Anak-Anak”- Shuib Dedah Kriteria Watie, Mohon Netizen Berhenti Sebar Fitnah!

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Terjawab, Shuib Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Watie – “Kalau Dia Boleh Jadi Jodoh Saya, Apa Salahnya?”

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Jan 2021

PKP 2.0: 5 Insentif Untuk Membantu Perniagaan Buat Peniaga Kecil

Jom tolong peniaga kecil kita untuk survive dalam musim PKP ni!

Trending Wed, 13 Mar 2019

猪界传奇! 「猪卡索」一幅画卖1万6000令吉

猪界传奇!天才「猪卡索」超有才华,一幅画售价1万6000令吉。

Featured Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Mon, 9 Jun 2025

[VIDEO] Noraniza Idris Tepis Tuduhan Tiru Produk Aliff Syukri

Noraniza Idris pertahan diri dituduh tiru produk Aliff Syukri

Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Trending Mon, 22 Aug 2022

REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bakal Tayang Tahun Hadapan, Filem ‘Tiket Sehala’ Angkat Kisah Mangsa Penipuan Kerja di Luar Negara

Selepas cemerlang di FFM34 dengan Soloz: Game of Life, Key Billions hadirkan filem survival thriller baharu, Tiket Sehala.

error: Content is protected !!