Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 9, 2023 @ 6:08pm

[VIDEO] Didakwa Tak Sebulu Dengan Nur Fazura… Neelofa Mahu Berdamai, Terbuka Hati Tamatkan Spekulasi Sengketa

Didakwa tidak sebulu dengan pelakon terkenal Nur Fazura, selebriti popular, Neelofa berlapang dada untuk menamatkan spekulasi yang tercetus.

Menurut pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia sudah penat dengan dakwaan terbabit dan sudah tiba masanya situasi berkenaan dinoktahkan selepas 13 tahun.

“Bila saya fikir balik, sudah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” katanya.

Bekas pengacara Nona TV3 itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Air Minuman Moma x Neelofa di Le Meridien Hotel, pada Khamis.

Tambahnya Neelofa, dia percaya masing-masing mahu meneruskan hidup sendiri tanpa terpalit sebarang spekulasi dan dakwaan orang luar.

“Saya percaya, dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Mereka yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami. I would love to meet her,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Pernah Kata Saya Terpaling Solehah” – Nur Fazura Mengaku Pakai Hoodie & Topi, Sangkal Dakwaan Netizen Konon Berhibur Di Kelab Malam

Terdahulu, dakwaan kedua-dua selebriti popular itu bersengketa didakwa mula tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.

Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mendakwa isteri kepada Fattah Amin itu membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia, bulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Sep 2022
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

Hiburan Thu, 28 Apr 2022

Selepas 34 Tahun, Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali

Tiz Zaqyah pertama kali jumpa abang kandung

Hiburan Sat, 20 Apr 2024

Ziana Zain Janjikan Konsert Penuh Emosi

Jangan lepaskan peluang!

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
error: Content is protected !!