Selebriti By: Atiqah Johari November 6, 2023 @ 10:16am

“Tak Pernah Kata Saya Terpaling Solehah” – Nur Fazura Mengaku Pakai Hoodie & Topi, Sangkal Dakwaan Netizen Konon Berhibur Di Kelab Malam

Baru-baru ini tular di media sosial apabila ada individu mendakwa pelakon dan usahawan, Nur Fazura berhibur di kelab malam dengan memakai hoodie dan topi ketika berkunjung ke Indonesia.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Fazura menyangkal dan menyifatkan dakwaan yang dilempar kepadanya sebagai tuduhan berat.

“Dakwaan ke kelab malam itu cukup berat. Saya tak nak komen panjang, cakap pasal orang pun tak nak. Cuma, saya memang tak pernah sebelum ini mengakui saya yang terpaling solehah.

“Tak ada kenyataan sebelum ini pun yang pernah saya katakan, ya saya terpaling solehah. Saya mengaji setiap hari, saya solat setiap hari dan saya pamerkan pada semua orang.

“Memang saya tak pernah keluarkan kenyataan itu, saya yang terpaling solehah, tidak pernah. Setiap hari, saya mencuba untuk jadi lebih baik dan kekal istiqamah,” jawabnya.

Dalam pada itu, Fazura juga mengakui bahawa sebagai manusia biasa dia juga suka berhibur dan menari bagi mengurangkan tekanan kerja serta dirinya juga masih dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

“Kadang-kadang saya pergi karaoke juga dan makan bersama rakan-rakan. Sekarang pun, banyak juga restoran yang gelap dan pasang muzik.

“Namun, walaupun kita berhibur tapi tetapi ingat Allah juga. Tak semestinya berhibur sampai lupa diri kerana saya pun tahu batas diri saya.

“Apapun, saya tak pernah kacau orang. Saya hanya fokus pada kerja, kehidupan, suami dan keluarga. Tapi saya tak faham kenapa masih ada pihak yang ingin provokasi. Cukup-cukuplah,” ujarnya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Fazura juga menegaskan bahawa dia tidak pernah merancang untuk menjatuhkan orang lain demi menaikkan nama serta kerjayanya sendiri namun hairan kenapa dirinya sering menjadi sasaran.

Artikel Berkaitan: “Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Artikel Berkaitan: Akui ‘Circle’ Semakin Kecil, Fazura Terharu Sahabat Sanggup Keluar Duit Buat Kejutan Hari Lahir – “Ada Yang RM500 Seorang, Beribu Pun Ada”

Artikel Berkaitan: Tidak Mudah Cemburu Namun Fazura Dedah Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Suami – “Benda Tu Disaksikan Family”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Jan 2023
Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Ruffedge Lancar Kelab Peminat

Ini merupakan inisiatif para peminat sendiri untuk menjadikan sebuah platform yang menghubungkan dengan para peminat kami.

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Maaf…Dunia Glamour Bukan Untuk Mamat Lagi

Apa cerita terbaru agaknya Mamat sekarang eh?

Trending Fri, 10 May 2019

明明坐着上班,为什么会那么累?

工作党们有没有这样的体验,朝九晚五的一天下来,感觉要腰要累断了……

Trending Thu, 23 Aug 2018

‘Yang Mai Hantaq Orang Tua Ni Pasaipa’, Video Warga Emas Jual Kerepek Undang Air Mata

Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar…

Hiburan Mon, 7 May 2018

Guna Anak Kaut Untung? Ini Jawab Che Ta!

Dakwaan timbul apabila Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta menjadikan Aaisyah sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Neelofa Jawab Isu Kelab Malam

Tindakan Lofa yang katanya ingin mengikut tema itu nyata mengundang kontroversi pelbagai pihak sehingga ada yang melabel beliau sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti masyarakat