Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 12, 2021 @ 6:04pm

PKP 2.0: 5 Insentif Untuk Membantu Perniagaan Buat Peniaga Kecil

Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal berkuatkuasa Rabu ini sedikit sebanyak menjejaskan lubuk rezeki dan memberi implikasi buat para peniaga kecil. 

Justeru, berikut merupakan lima langkah buat peniaga kecil yang kehilangan punca rezeki  mencari inisiatif dalam usaha mengembangkan perniagaan. 

1)Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun)

Bagi peniaga di bawah industri PKS, mereka boleh memohon Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) menerusi Tekun Nasional (Tekun).
Skim pembiayaan mikro ini membantu usahawan yang terjejas akibat wabak COVID-19 dalam memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

2) Kemudahan Dana Bantuan Khas (SRF)


Peruntukan SRF sebanyak 5 bilion telah disediakan oleh kerajaan u membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19. Buat peniaga PKS, mereka boleh memanfaatkan bantuan ini.

3) Promosi di media sosial

Lakukan promosi di media sosial untuk menarik minat pengguna untuk menyokong penjual dan peniaga kecil. Manfaatkan penggunaan Instagram, Shoppee dan lain lain. 

4) Tawarkan perkhidmatan penghantaran segera

Salah satu cara berkesan untuk memastikan perniagaan sentiasa berdaya saing adalah dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama atau on-demand service.

5) Buka akaun Google My Business

Google My Business (GMB) salah satu platform digital yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga. Ini kerana ia adalah merupakan platform pengiklanan secara percuma dengan enjin pencarian internet yang paling terkenal di dunia, Google!

Kredit :Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jul 2024

[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Nasib baik Allah tunjuk awal siapa kawan yang betul ikhlas dengan Cik B.. Hm 😢

Hiburan Fri, 7 Jul 2023

Hospital Bahagia Sahkan Yasin Sulaiman Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

Semoga Yasin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
error: Content is protected !!