Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 1, 2024 @ 1:43am

Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

Pasangan suami isteri yang merupakan ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, diberkas pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan ibu bapa kepada kanak-kanak yang meningggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun, butiran berkaitan penahanan terbabit belum diperoleh setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berkaitan tangkapan.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jan 2021

Kaedah & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Info penting buat korang yang nak mohon GKP tambahan!

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Netizen Sebak Lihat Zizi Kirana, Farah Lee Usap Kepala Ardell Aryana – “Sahabat Berjuang Bersama”

Netizen sebak lihat persahabatan Ardell Aryana, Zizi Kirana dan Farah Lee

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Saya Takut Sebab Ini Tanggungjawab”- Fauziah Latiff Anggap Konsert Skala Besar Pertama Sebagai Penghargaan Seni

Keputusan menerima pelawaan kali ini dibuat selepas melihat kesungguhan pasukan produksi yang disifatkannya sangat berdisiplin

Trending Mon, 3 Sep 2018

「隐形眼镜冲马桶」最后回到你肚里!

抛弃式隐形眼镜卫生又方便,不晓得大家每天回家卸下隐形眼镜,都怎么处理丢弃呢?冲马桶?丢进洗手台放水流?其实,你已经成为生态浩劫的凶手之一……

Trending Mon, 17 Jan 2022

“Jodoh Kami Tak Panjang” – Siti Saleha Sah Bercerai

Pelakon popular, Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, sebentar tadi. Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharom mengakui perceraian antara mereka berlaku secara […]

Trending Wed, 1 Aug 2018

Gempar! Mayat Lelaki Terbaring Di Landasan LRT

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

error: Content is protected !!