Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 17, 2022 @ 3:53pm

“Jodoh Kami Tak Panjang” – Siti Saleha Sah Bercerai

Pelakon popular, Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, sebentar tadi.

Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharom mengakui perceraian antara mereka berlaku secara baik.

“Okay, untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Bintang drama bersiri 7 Hari Mencintaiku terbabit juga tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai butiran prosiding yang berlangsung.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober 2021, Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Lutfi dan ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Saleha dan Lutfi bernikah pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan anak.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 17 Apr 2019

Di Mana Nur Hidayah? Kanak-Kanak Umur 8 Tahun Dilaporkan Hilang Tanpa Jejak

Seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Nur Hidayah dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Seremban. 

Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Tue, 30 Nov 2021
Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Sun, 13 Apr 2025

Wah! (G)I-DLE & BamBam Bakal Gegar Stadium Merdeka Jun Ini

Konsert anjuran Live Universe ini menjanjikan pengalaman luar biasa!

error: Content is protected !!