Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 13, 2025 @ 3:23pm

Wah! (G)I-DLE & BamBam Bakal Gegar Stadium Merdeka Jun Ini

Stadium Merdeka bakal mencatat sejarah baharu apabila menjadi lokasi pertama penganjuran konsert K-Pop, menampilkan kumpulan wanita sensasi (G)I-DLE dan artis solo popular BamBam pada 14 Jun 2025.

Konsert anjuran Live Universe ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat apabila dua bintang K-Pop bertaraf antarabangsa itu bersatu pentas di lokasi bersejarah negara.

(G)I-DLE, yang dianggotai Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi dan Shuhua, dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Latata, Oh My God dan Tomboy yang menjuarai carta muzik Korea dan antarabangsa. Mereka turut diiktiraf menerusi album I Never Die yang disenaraikan dalam “The Best Albums of 2022” oleh majalah Time.

BamBam pula mula dikenali menerusi kumpulan GOT7 sebelum memulakan kerjaya solo dengan album riBBon pada 2021. Dikenali dengan gaya persembahan bertenaga dan pengaruh dalam dunia fesyen, BamBam kini merupakan duta Louis Vuitton dan kembali ke Malaysia selepas konsert solonya tahun lalu.

Sebagai penghargaan kepada peminat, 10,000 pembeli pertama tiket tertentu berpeluang memenangi Toyota Vellfire dan iPhone 16 melalui cabutan bertuah eksklusif.

Tiket mula dijual pada 16 April 2025, jam 12 tengah hari di ticket2u.com.my, dengan diskaun early bird sebanyak 10 peratus untuk tempoh terhad. Harga tiket bermula dari RM265 hingga RM1,098.

Konsert ini dijangka menjadi detik ikonik dalam sejarah K-Pop di Malaysia, menyatukan muzik, sejarah dan peminat dalam satu malam yang penuh memori.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Erma Fatima Syukur ‘Buah Hati’ Terselamat

Erma Fatima bersyukur Allah menyelamatkan Zareef Yusof yang berusia sembilan tahun, daripada kecederaan.

Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) […]

Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden.

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Featured Sun, 20 Mar 2022

Pelaksanaan Mahkamah Syariah Untuk Beku Akaun Suami Jika Gagal Bayar Nafkah Disokong Ramai

Sempena Hari Wanita 2022, terdapat enam lagi inisiatif yang diumumkan oleh pihak kerajaan.. Klik link untuk baca artikel penuh! 😉

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Guess Who are The Most Listened-to KPOP Artists in 2018

Can you guess who’s got the No.1 Spot?

error: Content is protected !!