Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2026 @ 5:17pm

Filem The Keris Angkat Warisan Melayu, Gabung Aksi Moden & Hikayat Hang Tuah

Legenda Hang Tuah kembali diangkat ke layar perak menerusi filem The Keris, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen sejarah, aksi dan drama dengan sentuhan moden bagi memperkenalkan semula warisan Melayu kepada generasi hari ini.

Penerbit, Dr. Matheyalagan berkata, idea menghasilkan filem itu tercetus selepas menyedari semakin ramai anak muda kurang mengenali tokoh-tokoh sejarah seperti Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya.

“Saya melihat semakin ramai generasi muda yang tidak begitu mengenali kisah Hang Tuah dan pahlawan Melayu. Sedangkan hikayat ini merupakan sebahagian daripada warisan negara yang sangat bernilai.

“Daripada situ timbul hasrat untuk menghasilkan The Keris supaya sejarah dan seni persilatan Melayu dapat diperkenalkan semula kepada generasi akan datang,” katanya.

Filem arahan Viknes Perrabu itu mengisahkan usaha sekumpulan mafia antarabangsa memburu Keris Tempa Melaka yang dikatakan pernah dimiliki Hang Tuah dan dipercayai mempunyai keistimewaan tersendiri.

Menurut Dr. Matheyalagan, keunikan The Keris terletak pada gabungan dua garis masa berbeza iaitu zaman kegemilangan Hang Tuah dan era moden, sekali gus memberikan nafas baharu kepada jalan ceritanya.

Selain menampilkan aksi persilatan tradisional, filem itu turut menggabungkan seni bela diri moden serta pelbagai babak aksi yang mendebarkan.

Walaupun berbangsa India, Dr. Matheyalagan menyifatkan usaha mengangkat budaya Melayu sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab terhadap warisan negara.

“Saya membesar bersama rakan-rakan Melayu sejak kecil. Kami tinggal, makan dan membesar dalam suasana kampung yang sama. Pengalaman itu membuatkan saya begitu menghargai budaya dan nilai masyarakat Melayu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga dapat menghasilkan filem yang mengangkat semangat pahlawan dan warisan Melayu. Lebih bermakna apabila projek ini dibiayai menggunakan dana sendiri tanpa sebarang bantuan luar atau FINAS,” katanya.

Sementara itu, Viknes mengakui The Keris menjadi pengalaman baharu buat dirinya selepas lebih 15 tahun mengarahkan filem Tamil.

Katanya, dia tertarik menerima projek tersebut kerana yakin dengan kekuatan skrip yang sarat dengan elemen sejarah, budaya dan identiti bangsa.

“Apabila membaca skrip ini, saya nampak potensinya sangat besar. Kami menjalankan pelbagai kajian mengenai keris, sejarahnya serta adat dan budaya Melayu supaya setiap elemen yang dipaparkan mempunyai asas yang kukuh.

“Kisah legenda Hang Tuah dan Hang Jebat diterjemahkan dalam latar kehidupan moden agar penonton dapat menikmati sebuah cerita yang segar tanpa menghilangkan roh warisan Melayu,” katanya.

Tambah Viknes, proses pembangunan skrip turut melibatkan Datuk Zulkiflie M. Osman, manakala pasukan produksi menjalankan penyelidikan secara menyeluruh sebelum naskhah dimuktamadkan.

Mengulas cabaran sepanjang penggambaran, Viknes berkata komunikasi menjadi antara perkara paling mencabar memandangkan ini merupakan filem Melayu pertama arahannya.

“Sebelum ini saya lebih banyak bekerja dalam industri filem Tamil dan menggunakan bahasa Tamil ketika memberi arahan di lokasi. Jadi, saya perlu menyesuaikan diri apabila berkomunikasi dalam bahasa Melayu bersama pelakon dan pasukan produksi.

“Nasib baik saya mendapat sokongan daripada pelakon berpengalaman seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Raja Azrey yang banyak membantu melancarkan proses kerja di lokasi,” katanya.

Menampilkan barisan pelakon seperti Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Raja Azrey dan Datuk Jalaluddin Hassan, The Keris turut menyaksikan kemunculan istimewa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai cameo.

Filem terbitan Mathe’s Production House Sdn. Bhd. itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 2 Julai 2026.

The Keris mengisahkan pencarian Keris Tempa Melaka, senjata legenda yang dikatakan pernah dimiliki Hang Tuah dan dipercayai memiliki keistimewaan luar biasa. Selepas keris Taming Sari menjadi warisan keluarga diraja Perak, misteri lokasi Keris Tempa Melaka pula menjadi buruan pihak yang mahu menguasai pengaruh dan kekuasaan.

Konflik bermula apabila seorang mafia antarabangsa bersama rakan kongsinya merancang misi mendapatkan keris tersebut melalui kejohanan seni mempertahankan diri yang diadakan di Malaysia. Dalam usaha itu, mereka perlu berdepan Pak Hassan, penjaga keris berkenaan, serta anaknya Daeng yang memiliki kemahiran persilatan tinggi demi mempertahankan warisan bangsa daripada jatuh ke tangan pihak yang berniat jahat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Trending Fri, 18 Oct 2019

“Rise and Shine”, Kylie Jenner Made Twitter Woke On Her Talent

In 2019, we stan Kylie’s talent! Stop sleeping on her!

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Jodoh Saya Kuat Dengan Raihan’- Sharifah Khasif

Konsert ‘Qasidah Night’ pada 27 April nanti turut diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah.

Featured Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Harris Annuar Didakwa Sokong Da’i Syed, Netizen Komen: “Rap*st Enabler Shame On You”

elakon Harris Annuar tampil mempertahankan dirinya selepas tular dakwaan menyokong pendakwah bebas, Da’i Syed.

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

Lebih 400 Hari Ingkar Bayaran Saman Hampir RM300,000, Rafidah Ibrahim Kini Berdepan Risiko Muflis & Aset Disita

Rafidah Ibrahim berdepan muflis, aset disita sekiranya gagal bayar saman fitnah berjumlah RM200,000

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Sharifah Sakinah Di Kecam Lagi

Penampilan Sakinah dalam bidang fitness sememangnya beginikan?

error: Content is protected !!