Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 26, 2026 @ 2:24pm

Harris Annuar Didakwa Sokong Da’i Syed, Netizen Komen: “Rap*st Enabler Shame On You”

Pelakon Harris Annuar tampil mempertahankan dirinya selepas tular dakwaan menyokong pendakwah bebas, Da’i Syed berhubung sabitan kes rogol baru-baru ini.

Isu timbul selepas seorang individu meninggalkan komen berani terhadap Harris dan menyifatkan tindakannya sebagai ‘enabler’ kepada kesalahan yang didakwa dilakukan pendakwah terbabit.

“@daifuadmokhtar @fendybakry @harrisannuar esok lusa kenalan kau orang, family kau orang kena rogol, jangan marah tau.

“Semoga si perogol dipermudahkan urusan kan? Enabler. Rapist enabler shame on you.. At least si Harris ni ada cakap pasal diampuni means he admit perogol tu merogol,” tegurnya.

Bagaimanapun, menjawab tuduhan terbabit, Harris Annuar tampil mempertahankan dirinya sekaligus menjelaskan tindakan mendoakan orang lain adalah tidak salah dan ia sama sekali tidak bermaksud menyokong kesalahan pendakwah bebas itu.

“Saya doakan tak bermaksud saya dipihak dia, memang saya setuju dia dihukum, tapi tak salahkan untuk mendoakan kebaikan orang?,” katanya.

Jelasnya, doa yang dimaksudkan adalah ditujukan buat adik pendakwah tersebut dan bukannya Da’i Syed.

“Boleh saya tahu apa yang salahnya untuk saya mendoakan keluarganya? Dan yang saya komen ni bukan dekat akaun Dai Syed… “Ya Allah permudahkan urusan sahabatku di sana” saya komen dekat akaun adik dia, jadi yang saya mendoakan adalah adik dia supaya dipermudahkan urusan dia, bukan dekat akaun Dai.

“Bila awak dah mesej macam ni kira awak dah buruk sangka dan fitnah saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Mon, 16 Dec 2024
Trending Wed, 18 Jul 2018
Trending Mon, 15 Feb 2021

Armada BERSATU Puji Usaha Pemerkasaan TV Pendidikan

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan kewujudan saluran […]

Featured Fri, 8 Oct 2021
Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

error: Content is protected !!