Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 18, 2024 @ 11:59am

Mas Khan Selamat Bertunang, Pilih Pramugari Sebagai Suri Hati

Pelakon Mas Khan berkongsi berita gembira apabila selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya pada 13 Julai lalu.

Perkara itu dikongsi Mas Khan menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya pada Rabu.

“Attention everyone! Mas Khan has left the building… and the market. As of July 13, 2024. I am engagged,” kongsinya pada ruangan kapsyen.

Mas Khan atau nama penuhnya, Mas Hidzhir Khan, 30, memilih wanita bernama, Annatasha Diana, 27,  yang juga merupakan seorang pramugari.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di platform berkenaan, kelihatan bapa kepada aktor itu memberi ucapan dan menitipkan doa agar jodoh anaknya berkekalan hingga ke syurga.

“Hari ini 13 Julai 2024, Hidzir dah 30 tahun. Hidzir dan Natasha memang secocoklah. Handsome dan cantik. Natasha pun seorang wanita yang cantik dan lemah lembut. Jodoh dah sampai, semoga mereka kekal sampai ke jannah, Insya-Allah,” ucapnya.

Difahamkan, majlis tersebut juga hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Hidzhir Khan (@maskhan_)

Meninjau di ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut Mas Khan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan berharap agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.

Sekdar info, Mas Khan pernah menjalin hubungan cinta dengan Diana Nasimuddin dan dilaporkan pernah mengikat tali pertunangan pada November 2021.

Bagaimanapun pada awal tahun lalu Mas Khan mengesahkan sudah kembali solo sekali gus menjawab dakwaan hubungannya dengan Diana sudah berakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Oct 2018

Experts Say Playtime is Very Important for Children

We need to let kids play more often.

Featured Tue, 8 Nov 2022

“Sama Cantik Sama Padan!” – Keserasian Iqbal Zulkefli & Wafariena Curi Tumpuan Netizen

Sudah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli di laman sosial. Sebelum ini sering menjadi bualan warganet gara-gara kontroversi percintaannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida. Kini, dia kembali dengan memuat naik […]

Featured Sat, 28 Jun 2025
Trending Fri, 16 Apr 2021
Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Tue, 8 Jan 2019

Ramalan waktu bunga sakura mengembang di Jepun untuk 2019

Ketahui bila dan di mana anda patut pergi untuk menikmati pemandangan indah.

Featured Tue, 5 Aug 2025

“Jangan Sampai Kamu Yang Nampak Baik Kena Salai Dulu Dalam Neraka” – Ibu Puteri Balqis

Aqish kesal dengan komen kesat yang dilemparkan warganet terhadapnya.

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Kalau Nampak Saya & Fattah Amin Keluar Bersama, Itu Semua Atas Dasar Kerja” – Amira Othman

Fattah dan Amira mencuri perhatian pengunjung apabila tampil berpakaian sedondon warna ‘burgundy’.

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

North Korean Ran Away from Country Because of Lee Min Ho

That’s one interesting reason to runaway from the country.

error: Content is protected !!