Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 28, 2026 @ 8:04am

Kata Hati Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi Tempatan

Di sebalik lambakan filem aksi dan seram yang memenuhi pawagam tempatan sejak kebelakangan ini, kemunculan filem romantik komedi Kata Hati dilihat hadir tepat pada waktunya buat penonton yang merindui naskhah ringan dan menghiburkan.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun ini, Kata Hati hadir dengan gabungan elemen cinta, humor dan emosi yang dekat dengan kehidupan seharian selain membawa suasana santai yang semakin jarang diketengahkan dalam industri filem tempatan.

Pengarahnya, Nadiah Hamzah berkata, idea menghasilkan filem tersebut tercetus daripada keinginannya untuk membawa semula genre romantik komedi yang dilihat semakin kurang diterbitkan di Malaysia.

“Selepas filem Motif tujuh tahun lalu, saya memang ada keinginan untuk menghasilkan sebuah filem yang lebih ringan dan menghiburkan.

“Penonton sekarang banyak disajikan dengan filem aksi dan seram, jadi saya rasa ramai sebenarnya rindukan filem romantik komedi,” katanya ketika ditemui selepas tayangan media filem tersebut baru-baru ini.

Tambah Nadiah, Kata Hati juga dihasilkan bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih santai selain membawakan jalan cerita yang mudah dekat dengan penonton.

Filem tersebut dibintangi Nia Atasha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman.

Selain jalan cerita yang menghiburkan, kekuatan utama Kata Hati turut terletak pada keserasian tiga pelakon utamanya iaitu Nia Atasha, Yusof Hashim dan Fazziq Muqris yang berjaya menghidupkan karakter masing-masing dengan cukup berkesan sepanjang filem berlangsung.

Sementara itu, Nia yang memegang watak Ayra Natasha berkata, dia gembira apabila diberi peluang membintangi filem romantik komedi selain dapat kembali bergandingan dengan Yusof.

“Saya memang melalui sesi casting untuk watak ini dan sangat bersyukur bila dapat tahu akan digandingkan dengan Yusof.

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama sebelum ini, jadi keserasian itu sudah ada dan banyak membantu terutama untuk babak romantik,” katanya.

Kata Hati mengisahkan tentang Ayra Natasha, seorang selebriti terkenal yang dipertemukan dengan seorang pemandu e-hailing bernama Imran sebelum lelaki itu akhirnya menjadi pemandu peribadinya.

Daripada hubungan profesional, perlahan-lahan muncul bibit cinta antara mereka yang membawa pelbagai situasi lucu dan menyentuh hati sepanjang perjalanan cerita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 1 Mar 2018

It Seems Like Elsa MIGHT Be Getting a Girlfriend in Frozen 2

Elsa has been every little girl’s icon since Frozen was release in 2013.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Ku Bersuara’ Rungkai Kisah Sebenar Hidup Ernie Zakri

Lebih istimewa, lirik lagu Ku Bersuara merupakan tulisan sahabat baiknya, Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

“Masih Nak Romantiskan R*gol Dalam Naskhah Cinta?” – Tiz Zaqyah Tegur Mentaliti Masyarakat, Anggap Isu Seksual Bukan Tabu

Tiz turut mengkritik segelintir pihak yang masih menormalisasikan atau meromantiskan jenayah seksual menerusi karya fiksyen.

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Filem Wed, 27 Jun 2018

洛基证实《复仇者3》真的OO!2年前被告知

《复仇者联盟3:无限之战》一开场就给观众巨大震撼,不少粉丝宁愿相信「洛基只是诈死」;不过「洛基」汤姆希德斯顿,近日证实真的「死透」,2年前就被告知这是角色最终结局。

error: Content is protected !!