Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 5, 2024 @ 8:54am

Exists & Masdo Bakal Cetus Gelombang Kugiran Dua Era

Tidak ada yang lebih membangkitkan nostalgia selain kembali ke masa lalu menerusi banyaknya lagu-lagu malar segar yang pernah dihasilkan oleh pengkarya hebat muzik tempatan.

Dennsa dan Sensorhythm dengan sokongan Kementerian Komunikasi bersama Kumpulan My Creative Ventures menganjurkan Battle of Time Exists x Masdo yang dijadual berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 November 2024 pukul 8 malam, ini adalah sebuah pengalaman ‘pulang ke masa silam’ yang tidak harus dilepaskan.

Pemilihan nama Battle of Time sendiri sudah memberi indikasi transisi masa yang pernah dilalui kugiran legenda seperti Exists turut mempengaruhi perjalanan pemuzik-pemuzik generasi kini seperti Masdo.

Apabila kedua-dua nama besar yang telah mencetak kejayaan dan dipuja sehingga ke Indonesia ini bergabung di atas sebuah panggung, maka pengalaman yang akan dinikmati penonton adalah sesuatu yang tidak hanya bersifat hiburan ‘kosong’ sebaliknya akan dipenuhi dengan pengetahuan tambahan tentang hebatnya pengkarya lokal.

“Seperti yang semua sedia maklum Exists adalah sebuah kugiran legenda yang karya mereka telah didengar daripada generasi Millenial kepada generasi Alpha.

“Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok.

“Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar. Maka itu menjadi sebab utama kami selaku penganjur dengan bangga membawa Exists ke dalam Battle of Time Exists x Masdo.

“Sementara buat Masdo pula tidak dapat disangkal lagi betapa aura muzik yang mereka bawakan telah menimbulkan fenomena dan gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik Nusantara.

“Lantas pemilihan Exists dan Masdo menerusi Battle of Time Exists x Masdo adalah perkahwinan era muzik lama dan baharu yang dibawa lalu disegarkan oleh mereka untuk diperdengarkan,” ujar Dewi dari Dennsa selaku penganjur.

Memilih Dewan Merdeka, WTCKL, Battle of Time Exists x Masdo akan menyaksikan kedua-dua kugiran ini tampil bersama untaian hit mereka yang disadur bersama penampilan dan susunan muzik baharu.

“Sebagai kugiran baharu Masdo teruja berkongsi pentas bersama Exists yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja.

“Dengan genre muzik yang sedikit berbeza tetapi tema Battle of Time yang dipilih signifikan bersama Masdo yang pekat aliran pop 60-an,” ujar Putu Ceri dari MASDO.

Nikmati Battle of Time Exists x Masdo saat ini dalam suasana lampau dengan membeli tiket di laman web myticket.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Dec 2017

Izara Aishah Terima Hadiah Kahwin Dari Bakal Abang Ipar

Untungnya badan belum lagi majlis perkahwinan tetapi sudah mendapat hadiah dari bakal abang ipar! Sayangnya mereka pada Izara

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Kongsi Gambar Lama, Zizan Bakal Ganti Ayie Floor 88?

Foto zaman muda yang dimuat naik oleh pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak di akaun Instagram miliknya menjadi usikan teman selebriti dan netizen kerana bukan sahaja foto tersebut lucu, malah kapsyennya juga terlalu kelakar.  Mana […]

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Ramai Artis Buka Tudung, Apa Komen Mira Filzah?

Pesan Mira, bagi yang nak pakai tudung, cuba ikhlaskan dan tenangkan hati…

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Featured Mon, 30 Sep 2024
Trending Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

鍾瑾桦5位数加盟环球音乐「找准定位再谈奖项」

Alvin鍾瑾桦5位数加盟大马环球音乐,全经纪约发展空间大,横跨多领域成全能艺人!对于奖项他直言不抱期望,只要找准定位、充实自己,当做好自己时,自然会有人认同。

error: Content is protected !!