Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 18, 2020 @ 5:18pm

Kesan Penjarakan Sosial & Fizikal Terhadap Jemaah Masjid, Surau Yang Korang Perlu Tahu!

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu, satu daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan ialah tidak membenarkan solat secara berjemaah di masjid dan surau sama ada solat lima waktu dan solat Jumaat.

Justeru itu, Program Tanyalah Ustaz pada 11 November (Rabu) bersama Da’i Tajdid Hadhari dan pendakwah Ustaz Mustafar Mohd Suki, telah mendapatkan kupasan lanjut mengenai kesan penjarakan sosial dan fizikal dikalangan jemaah yang diketuai oleh Profesor Dr Khairul Anwar Mastor, fellow dari UKM dan beberapa pensyarah lain seperti Prof Madya Dato’ Dr Ustaz Izhar Ariff.

3 elemen utama hasil kajian antaranya…

Terdapat tiga elemen utama hasil kajian tersebut antaranya, penerimaan SOP di masjid, kesan kepada emosi dan psikologi serta kesan interaksi secara sosial.

Secara keseluruhan, kajian ini mendapati majoriti menerima SOP bagi tujuan untuk mengelak penularan wabak. Malah, majoriti daripada kajian ini juga menerima perubahan fatwa yang perlu dilakukan berdasarkan SOP seperti solat jemaah secara berjarak, perlu membawa sejadah sendiri dan berwuduk dari rumah sebelum ke masjid.

Dari segi kajian emosi & psikologi pula, seratus peratus daripada hasil kajian mendapati mereka sangat merindui masjid sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hasil kajian yang dilakukan, korang bolehlah tonton video di bawah :

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Suami Fatin Afeefa Khatam Al-Quran Juzuk 30 Sebelum Mula Niaga, Ramai Terinspirasi & Tersentuh!

Aliff Awang khatam Al-Quran juzuk 30 sebelum mula berniaga, niat nak beri pekerja duit raya banyak

Featured Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Thu, 28 Dec 2023

Sanggup Botak Demi Sebuah Watak, Elisya Sandha Akui Dah Bersedia Nak Tambah Cahaya Mata

Wahh tak lama lagi Bunga dapat adik.. Semoga dipermudahkan urusan Elisya

Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

Trending Mon, 19 Aug 2019

Nafsu songsang Miley musnahkan rumah tangganya bersama Liam!

Khabarnya Miley mempunyai hubungan dengan Kaitlynn Carter!

error: Content is protected !!