Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 30, 2026 @ 3:32pm

“King No 3 Has Arrived” – Dapat Baby Boy Ketiga, Uyaina Arshad Selamat Bersalin

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi ketiganya pada 28 Januari lalu.

Perkara itu dikongsi Uyaina menerusi hantaran di Instgaram miliknya.

“A new heir to the trone. King number three has arrived,” tulisnya.

Meskipun tidak mendedahkan wajah anak ketiganya itu, Uyaina bagaimanapun berkongsi foto-foto ‘teaser’ miliknya sekali gus  meluahkan rasa syukur dengan kehadiran zuriatnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar proses berpantang berjalan lancar.

Sebelum ini, Uyaina ada berkongsi perasaan takut untuk menjalani pembedahan caesarean yang akan dijalankan bagi melahirkan cahaya mata ketiganya itu.

“Takut yang tak boleh nak digambarkan. ‘Going for my 3rd C-Section’ (pembedahan Caesarean) untuk melahirkan anak ketiga saya. Perasaan? Takut yang tak boleh nak digambarkan. Serah diri untuk berserah pasrah.

“Belajar untuk bersimpuh pada ketentuan-Nya. Dan belajar untuk melabuhkan doa tanpa henti,” katanya.

Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Raja Urhan dan Raja Urayyan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Hiburan Thu, 1 Jan 2026

Cancel Culture Tanpa Belas, ‘IDOL I’ Dedah Realiti Gelap Dunia K-Pop… Strim Di Tonton Sekarang!

IDOL I bongkar sisi gelap dunia K-pop bila seorang idola tiba-tiba jadi suspek pembunuhan dan cancel culture menghukum lebih cepat daripada keadilan.

Hiburan Tue, 12 Aug 2025
Hiburan Sun, 26 May 2019

Susah Cari Pekerja, Azharina Rehat Berniaga Ayam Bakar

Azharina juga bercadang nak buka kafe sekiranya mendapat kakitangan yang cukup & mahir. Good luck Nina!

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang…

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Famili Duo 4: Shiha & Ieda Zikir Runtun Jiwa, Jadi Juara Minggu Ke-4! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Shiha Zikir & Ieda Zikir berjaya menjadi juara minggu keempat Famili Duo 4!

Featured Tue, 1 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium & Bayaran Balik Ansuran 50 Peratus Buat Peminjam Terkesan

Berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan akan memberi jaminan kelulusan secara automatik bagi moratorium dan pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus kepada peminjam yang terkesan . Menurut […]

Trending Thu, 18 Jun 2020
Featured Fri, 30 Jul 2021

11 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Semalam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kes positif Covid-19 telah dikesan hasil pemeriksaan ke atas 1,183 individu yang hadir di Parlimen sepanjang tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. […]

error: Content is protected !!