Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 1, 2021 @ 6:55pm

Kelulusan Automatik Moratorium & Bayaran Balik Ansuran 50 Peratus Buat Peminjam Terkesan

Berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan akan memberi jaminan kelulusan secara automatik bagi moratorium dan pengurangan pembayaran balik ansuran pinjaman sebanyak 50 peratus kepada peminjam yang terkesan .

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, peminjam yang terkesan boleh memilih pakej bantuan sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan menghubungi bank masing-masing.

“Peminjam yang terkesan boleh menghubungi bank mereka untuk memilih apa yang mereka mahukan dan kelulusan akan diberikan secara automatik.

“Saya ingin menekankan bahawa bantuan bukan saja dalam bentuk moratorium saja, institusi perbankan juga telah menyediakan pakej khusus untuk peminjam yang terjejas. Institusi perbankan komited untuk memproses pakej ini dengan cara mudah dan berkesan,” katanya.

Tambah beliau, peminjam yang layak ialah mereka yang kehilangan pekerjaan sama ada daripada kumpulan B40, M40 dan T20, penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan sekatan pergerakan penuh.

Katanya, peminjam M40 dan T20 yang berdepan pengurangan pendapatan juga boleh memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman mereka sejajar dengan pengurangan  pendapatan mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya mengulas lanjut mengenai pemberian moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman hari ini.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Sun, 5 Jan 2025

Edry Abdul Halim Kesal Anak Autisme Kena Maki, Dihalau Seperti Anjing

Edry Abdul Halim kesal anak autisme menerima layanan buruk.

Featured Sat, 22 May 2021

Berniqab Tetapi Tidak Memakai Pelitup Muka Tetap Salah -Ismail Sabri

Susulan tular kes selebriti yang berniqab tetapi tidak memakai pelitup muka baru baru ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata perkara tersebut tetap salah. Menurut beliau, di bawah akta 342, seseorang individy diwajibkan […]

error: Content is protected !!