Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 22, 2026 @ 11:33am

“Saya Takut Sebab Ini Tanggungjawab”- Fauziah Latiff Anggap Konsert Skala Besar Pertama Sebagai Penghargaan Seni

Selepas lebih empat dekad bergelar anak seni, penyanyi legenda Fauziah Latiff akhirnya bersedia menganjurkan konsert solo berskala besar pertamanya, yang disifatkan sebagai satu tanggungjawab besar dan bukan sekadar persembahan hiburan semata-mata.

Menurut Fauziah atau nama lengkapnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 56, keputusan menerima pelawaan kali ini dibuat selepas melihat kesungguhan pasukan produksi yang disifatkannya sangat berdisiplin, terbuka dan menghargai seni secara menyeluruh.

Selain, mahu membalas penantian peminat dalam 4 Decades Fauziah Latiff: Live in Concert.

“Sebab teamwork yang menyebabkan Kak Jee nak buat? It’s a teamwork. Thank you. It’s a teamwork and then macam mana cara mereka bekerja. Maksud Kak Jee, mereka sangat determined with their work, they are very passionate dengan kerja-kerja mereka dari segi art, production.

“Ia adalah kerja berpasukan. Saya suka perbincangan yang terbuka, kita sama-sama beri idea dan segarkan minda.

“Konsert ini adalah sumbangan semula saya kepada semua sepanjang kembara seni saya” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran konsert tersebut yang diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu berkata, dia menolak banyak tawaran konsert sebelum ini dek kerana mengakui rasa takut menjadi faktor utama.

“So far Kak Jee really appreciate, tapi saya salahkan diri sebab sebelum ni benda ni sebenarnya sangat saya takut.

“Ini tanggungjawab, kita nak apa appreciate semua yang ada, not just audience tetapi the whole stage, the musician, yang cipta lagu-lagu tu semua. Bukan dari segi nak cakap fully perfect tu tidaklah, kita mungkin ada kelemahan-kelemahan.

“Tetapi basically tu dari segi apa penghargaan dari segi art, production, the people behind the stage, the people yang bertungkus-lumus buat ni semua, all the details, everything in artwork.

“Then baru kita buka the music, the music, then kita bentangkan karya, sesebuah karya itu kita appreciate the producer, the songwriters. Benda-benda ni semua sebab we are talking about lama dulu daripada album pertama saya, jadi saya tak ada that opportunity.

“Itu yang macam terasa, terasa kita menghargai. konsert ni is for them to celebrate their creation,” jelasnya.

Sekdar info, konsert solo pertama figura ini bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 Mei 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Sep 2019

事实 VS. 媒体想让我们看到的模样

「资讯爆炸」的程度已经远远超过当初发明这个词的人们所能想像得了,而这样的环境下衍生了可怕的问题。

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Aloy Paradoks Pernah Gugur Watak Pelakon Wanita Kantoi Menipu, Tegas Bab Disiplin

Ha, watak terus digugurkan sebab kantoi menipu. Cakap sakit, tapi terserempak pula di restoran!

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Potret Keluarga Aliff Aziz Raih Tumpuan, Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah ‘Ditutup’?

ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahi meraih tumpuan ramai selepas didakwa ‘menutup’ wajah bekas menantunya, Bella Astillah. 

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Jelajah Budaya Dunia Dari Kaca Mata Rakyat Malaysia, SAYS Lancar Siri Video ‘Nandini Mana?!’

Nandini Mana?! merupakan siri video eksplorasi unik merentas Asia hingga Eropah!

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Bawa Watak Antagonis, Sarimah Ibrahim Bermain Dengan Cabaran Emosi – “Bukan Cuba Pertahankan Penyondol, Tapi…”

Che Puan Sarimah Ibrahim bermain dengan cabaran emosi dalam drama bersiri terbaharu, Bila Cinta Menjadi Dosa.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Nabil Ahmad Ditawarkan Hubungan Seks?

Antara ujiannya adalah Nabil sendiri pernah diajak oleh peminat fanatiknya untuk melakukan hubungan seks di sebuah hotel Mewah. Menurut Nabil, permintaan tersebut dihantar melalui aplikasi direct message instagram (DM). Biar betul?

error: Content is protected !!