Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 13, 2024 @ 10:00pm

“Alhamdulillah, Keluarga Semua Sihat, Tenang & Reda” – Aliff Aziz

Aktor sensasi, Aliff Aziz membuat keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada bekas isteri yang juga pelakon, Bella Astillah.

Menurut Aliff, keputusan dia berbuat demikian kerana Bella lebih berhak, tambahan, aktres tersebut juga ibu kandung kepada anak-anaknya itu.

“Hak penjagaan anak saya beri sepenuhnya kepada Bella sebab dia adalah ibu kandung kepada anak-anak kami.

“Berkenaan perkara lain, ada lah proses-proses yang kami perlu lalui di masa akan datang.

“Saya tak mahu ulas lanjut mengenai perkara ini, apa yang saja yang dibincingkan dalam mahkamah, itulah keputusannya,” ujar Alif kepada pemberita.

Disoal mengenai penerimaan keluarganya mengenai perpisahan bersama Bella, pelantun lagu Sayang Sayang itu memaklumkan keluarga dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah semua sihat, tenang dan reda.

“Hari ini saya ditemani ayah, saya tak mahu meletakkan Umi saya dan yang lain dalam keadaan ini.

“Syukur semuanya berjalan lancar,” kongsinya.

aliff aziz

Pada Khamis, Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula apabila penyanyi asal Singapura itu ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada empat hari kemudian.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff kemudiannya enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya itu pada 4 April lalu dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Bella dan Aliff juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

ARTIKEL BERKAITAN: Titip Doa Yang Baik-Baik, Muaz Zabir Harap Bella Astillah Sabar Berdepan Ujian

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Tak Tuntut Sebarang Nafkah Daripada Aliff Aziz – “Saya Juga Tak Harapkan Apa-Apa Daripada Aliff”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah Kepada Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Kerana Berjaya Runtuhkan Masjid Ini…” – Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Cerai Berlangsung Hari Ini, Aliff Aziz ‘Kunci Mulut’… Bella Astillah Mohon Doa – “Doakan Yang Baik-Baik”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Hiburan Sun, 5 Oct 2025

Kendali Program Kesihatan, Dr. Nisa Nabila Angkat Isu Obesiti ke Layar TV Menerusi ‘My Body My Life’

Masyarakat kena cakna dengan isu kesihatan yang berkaitan dengan obesiti!

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Masa Nak Salam, Rupa-Rupanya…’- Netizen Terkejut Imamkan Pelakon Popular Ini!

Selain dikurniakan wajah yang sedap mata memandang, keperibadiaan sederhana, pelakon terkenal ini juga dikatakan menjaga solat.

Featured Thu, 12 Jun 2025

Noor Nabila Sedang Kenali ‘Jejaka Misteri’ – “Saya Selesa Dengan Apa Yang Berlaku Sekarang”

Gosip liar mengatakan dia kembali menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz adalah tidak betul.

Hiburan Tue, 10 Feb 2026

TJ Tekad Cipta Nama Dalam Lakonan, Bawa Misi Perangi Buli Melalui Seni Pertahanan Diri

Pernah menjadi mangsa buli di bangku sekolah, TJ mahu mencipta nama dalam bidang lakonan.

Hiburan Mon, 13 May 2019

Mahu Fokus Anak, Linda Hashim Belum Terfikir Nak Aktif Berlakon Semula

Linda melakukan aktiviti seperti bertungku, tangas, berurut dan mandi rempah setiap hari. Patut cun kan?

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
Featured Thu, 1 Sep 2022

Netizen Sangsi Dengan Percutian Mewah, Ini Respons Hairul Azreen

Bagus ada mindset macam tu! Semoga dimurahkan rezeki Hairul dan keluarga.

error: Content is protected !!