Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 10, 2025 @ 8:57pm

[VIDEO] “Kalau Dah Menangis, Susah Berhenti” – Siti Nurhaliza Dedah Punca Emosi Ketika Nyanyi Lagu Usah Diragui Di Violet Skies

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya membuka mulut mengenai insiden dirinya menitiskan air mata ketika menyampaikan lagu Usah Diragui pada malam kedua konsert berskala besar, Violet Skies: Datuk Seri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars, Ahad lalu.

Menurut Siti, 45, yang dikenali sebagai penyanyi bersuara lunak dan penuh penghayatan, emosi yang datang secara tiba-tiba membuatkan dia gagal menahan sebak.

“Saya rasa sangat sebak malam itu. Pertama sekali, saya benar-benar menghayati lirik lagu tersebut. Saya ni jenis penyanyi yang mudah terbawa dengan emosi apabila menyanyi.

“Apabila lirik yang mendalam digabungkan dengan susunan muzik seperti piano dan trumpet, ia betul-betul menyentuh hati saya. Saya cuba tahan, tapi malam kedua itu saya memang tak mampu,” katanya menerusi satu potongan video siaran langsung yang tular di TikTok.

Tambah pelantun Aku Bidadari Syurgamu itu, antara bait lirik yang paling membuatkannya terhenti seketika ialah, ‘Sesungguhnya ku tahu bukan mudah bagimu…’

“Bahagian itu saya tak boleh teruskan. Itu memang kelemahan saya… kalau dah mula menangis, saya susah nak berhenti,” ujarnya jujur.

Konsert Violet Skies yang berlangsung selama dua malam berturut-turut di Arena of Stars, Genting Highlands menyaksikan Siti mempersembahkan deretan lagu hits sepanjang lebih dua dekad penglibatannya dalam industri muzik tanah air.

@rosmadiothman

Saya ni penyanyi beremosi… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #trending #foryou #sitinurhaliza

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 4 Apr 2024

Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

Wah! Bukan senang nak dapat pujian dari seorang Erma Fatimah. Terbaik lah Aedy & Hannah!❤️👏

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023
Featured Wed, 24 Nov 2021

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya. Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti […]

Featured Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Mon, 17 Oct 2022
Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Wed, 17 Apr 2024
error: Content is protected !!